Friday, September 11, 2015

MAMPUKAH KITA MENAHAN HUJAN LEBAT YANG SEDANG TURUN ?

 

Banjir besar melanda  bandaraya Tokyo. Gambar hiasan hasil carian Google

سُوۡرَةُ الاٴحقاف
فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضً۬ا مُّسۡتَقۡبِلَ أَوۡدِيَتِہِمۡ قَالُواْ هَـٰذَا عَارِضٌ۬ مُّمۡطِرُنَا‌ۚ بَلۡ هُوَ مَا ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦ‌ۖ رِيحٌ۬ فِيہَا عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٢٤) تُدَمِّرُ كُلَّ شَىۡءِۭ بِأَمۡرِ رَبِّہَا فَأَصۡبَحُواْ لَا يُرَىٰٓ إِلَّا مَسَـٰكِنُہُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡمُجۡرِمِينَ (٢٥)


Surah Al-Ahqaf - ayat 24 dan 25.

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita! (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (24) Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa. (25)"


Itulah sebahagian kisah yang menimpa kaum 'Ad yang ingkar kepada seruan nabi Hud.

Mungkin ada di antara kita yang berbangga dengan kemajuan sains dan tekonogi pada masa ini, sehingga mampu menghasilkan hujan melalui proses pembenihan awan (cloud seeding).


Tapi mampukah kita menghentikan hujan lebat yang sedang turun ?



.

18 comments:

  1. Siapa kita untuk melawan takdirnya... Meminta apa yg belum ada boleh tetapi menolak apa yg telah diberikan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak boleh .. itulah yang dinamakan takdir,

      Delete
  2. Tiada yg lebih berkuasa selain DIA
    Usaha cloud seeding itupun kalau tanpa kasihNya tak jadi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar .. segala sesuatu yang berlaku adalah dengan izinNya.

      Delete
  3. Allahumma... itu lah tanda tanda kebesaran Nya..
    Tiada siapa dapat menghalang nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang ada yang terlupa .. perlu selalu diingatkan bahawa kita ini adalah helpless tanpa rahmatnya.

      Delete
  4. Saya secara peribadi, tak mampu menahan hujan turun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahkan kalau seluruh negara di dunia berkongsi aset, namun tetap tidak akan dapat menahan hujan.

      Delete
  5. P mana la uncle ni lama x update blog...

    ReplyDelete
  6. sedangkan hujan air mata pun tak mampu saya tahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. usah ditahan .. biarkan ia mengalir. kalau ditahan, nanti mudharat.

      Delete
  7. Replies
    1. sungguh .. tiada siapa yang mampu mengatasinya.

      Delete
  8. syukor dan sabar..... tiadalah sesuatu berlaku dengan sia-sia...waullahua`lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar .. syukur ketika menerima nikmatnya dan sabar ketika menerima dugaannya.

      Delete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. Jika Allah menghendakinya maka terjadilah.. tiada satu kuasa pun yang mampu melebihi kekuasaan Allah.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.