Wednesday, January 13, 2016

ENTRI GENAP SEBULAN DUDUK SEREMBAN.

Hari ini genap sebulan saya duduk kembali di Seremban. Juga genap sebulan saya tidak membuat entri baru di blog ini kerana tidak berjumpa ruang dan waktu untuk mengerjakannya.  Masih ada lagi barang-barang yang dibawa balik dari Perlis yang masih duduk dalam kotak kerana tak tahu nak letak kat mana.

Berikut adalah beberapa aktiviti saya dalam tempoh sebulan yang lalu yang ingin saya kongsikan di sini.

1. Pasang semula talian telefon dan wifi

Ini sangat penting dan perlu disegerakan. Kalau tidak, letih nak top-up henfon anak-anak. Sebenarnya ayahnya yang tak boleh hidup tanpa internet.

2. Pergi bank tukar alamat surat menyurat.

Ini juga penting untuk mengetahui dengan rasmi kedudukan kewangan dan hutang piutang.

3. Bayar zakat pendapatan.

Kewajipan ini tak boleh dilupakan. Kali ini dapat cenderamata sebuah buku berjudul "Biografi Lengkap Rasulullah" dari Pusat Zakat selain dari kalendar.

4. Kenduri aqegah cucu terbaru. 

Pada 9/1 dibuatkan sedikit kenduri kecil menunaikan tuntuan aqeqah cucu lelaki terbaru saya. Saya cuma jemput orang surau, jiran terdekat dan adik beradik sahaja.

 

Gambar 1: Seperti biasa Mak Ngahnya dengan kumpulan marhabannya membuat persembahan.

 

Gambar 2: Antara tetamu yang sedang beratur untuk menjamu selera.

5. Hadir kenduri

Sejak balik duduk Seremban ini saya telah berkesempatan menghadiri 3 jemputan kenduri kahwin.

 

Gambar 3: Di rumah kenduri kawin anak kawan lama semasa belajar di UM dulu di rumahnya di Seremban. Yang ditengah tu bukan bapa pengantin tapi rakan lama semasa Kadet PTD yang sudah lama tidak berjumpa.

 

Gambar 4: Di kenduri kawin anak jiran depan rumah (kanan sekali) semasa saya duduk di Putrajaya dahulu. Sekarang jiran ini telah membuat rumah di Putrajaya. Saya tak mampu nak beli rumah di Putrajaya.


Gambar 5: Menjamu selera di luar dewan KOMBES, Paroi pada kenduri kawin anak bekas guru saya yang juga merupakan seorang mantan menteri kabinet.


6. Memancing.

Inilah aktiviti yang saya paling missed semasa duduk di Perlis dahulu.


Gambar 6: Di atas kelong tempat kami memancing selama dua hari satu malam di Bagan Datoh. Dari segi jumlah ikan yang berjaya dinaikkan bolehlah tahan tapi saiznya semua masih di bawah umur.


Gambar 7: Buat pertama kali memancing di kolam udang kat Beranang. Hasilnya kurang lumayan kerana saya tak tahu kat mana udang-udangnya berkampung.

.
Gambar 8: Di kolam pancing udang fevret saya kat Terachi, Negeri Sembilan. Lokasinya hanya kira-kira 15 minit berkereta dengan kelajuan biasa dari rumah saya di Senawang.

Begitulah serba sedikit aktiviti saya sejak balik duduk semula di rumah saya di Seremban. Terubat rindu untuk memancing dan yang utamanya dapat berjumpa dengan cucu-cucu dengan lebih kerap lagi. Tambahan pula anak kedua saya tinggal bersama dengan saya sehingga habis pantang selepas melahirkan anak kedua (adik Iris). Sudah tentu Iris pun ada bersama.

Selepas kira-kira sebulan saya kembali tinggal di Seremban, ingatan saya kepada keindahan dan kedamaian negeri Perlis makin menebal. Insyaallah saya akan mengunjunginya lagi bila ada cuti panjang atau cuti sekolah nanti. Apa khabar agaknya pokok-pokok harum manis yang saya tanam dahulu.


Gambar 9: Di tebing Sungai Santan, Perlis yang menjadi salah satu laluan jogging kesukaan saya yang sentiasa menggamit memori indah.