Berikut adalah beberapa aktiviti saya dalam tempoh sebulan yang lalu yang ingin saya kongsikan di sini.
1. Pasang semula talian telefon dan wifi.
Ini sangat penting dan perlu disegerakan. Kalau tidak, letih nak top-up henfon anak-anak.
2. Pergi bank tukar alamat surat menyurat.
Ini juga penting untuk mengetahui dengan rasmi kedudukan kewangan dan hutang piutang.
Kewajipan ini tak boleh dilupakan. Kali ini dapat cenderamata sebuah buku berjudul "Biografi Lengkap Rasulullah" dari Pusat Zakat selain dari kalendar.
4. Kenduri aqegah cucu terbaru.
Pada 9/1 dibuatkan sedikit kenduri kecil menunaikan tuntuan aqeqah cucu lelaki terbaru saya. Saya cuma jemput orang surau, jiran terdekat dan adik beradik sahaja.
Gambar 1: Seperti biasa Mak Ngahnya dengan kumpulan marhabannya membuat persembahan.
Gambar 2: Antara tetamu yang sedang beratur untuk menjamu selera.
5. Hadir kenduri.
Sejak balik duduk Seremban ini saya telah berkesempatan menghadiri 3 jemputan kenduri kahwin.
Gambar 3: Di rumah kenduri kawin anak kawan lama semasa belajar di UM dulu di rumahnya di Seremban. Yang ditengah tu bukan bapa pengantin tapi rakan lama semasa Kadet PTD yang sudah lama tidak berjumpa.
Gambar 4: Di kenduri kawin anak jiran depan rumah (kanan sekali) semasa saya duduk di Putrajaya dahulu. Sekarang jiran ini telah membuat rumah di Putrajaya. Saya tak mampu nak beli rumah di Putrajaya.
Gambar 5: Menjamu selera di luar dewan KOMBES, Paroi pada kenduri kawin anak bekas guru saya yang juga merupakan seorang mantan menteri kabinet.
6. Memancing.
Inilah aktiviti yang saya paling missed semasa duduk di Perlis dahulu.
Gambar 6: Di atas kelong tempat kami memancing
selama dua hari satu malam di Bagan Datoh. Dari segi jumlah ikan yang berjaya dinaikkan
bolehlah tahan tapi saiznya semua masih di bawah umur.
Gambar 7: Buat pertama kali memancing di kolam udang kat Beranang. Hasilnya kurang lumayan kerana saya tak tahu kat mana udang-udangnya berkampung.
.
Gambar 8: Di kolam pancing udang fevret saya kat Terachi, Negeri Sembilan. Lokasinya hanya kira-kira 15 minit berkereta dengan kelajuan biasa dari rumah saya di Senawang.
Begitulah serba sedikit aktiviti saya sejak balik duduk semula di rumah saya di Seremban. Terubat rindu untuk memancing dan yang utamanya dapat berjumpa dengan cucu-cucu dengan lebih kerap lagi. Tambahan pula anak kedua saya tinggal bersama dengan saya sehingga habis pantang selepas melahirkan anak kedua (adik Iris). Sudah tentu Iris pun ada bersama.
Selepas kira-kira sebulan saya kembali tinggal di Seremban, ingatan saya kepada
keindahan dan kedamaian negeri Perlis makin menebal. Insyaallah saya akan mengunjunginya lagi bila ada cuti panjang atau cuti sekolah nanti. Apa khabar agaknya pokok-pokok harum manis yang saya tanam dahulu.
Gambar 9: Di tebing Sungai Santan, Perlis yang menjadi salah satu laluan jogging kesukaan saya yang sentiasa menggamit memori indah.
Di Perlis cinta tertumpah, ya? ... :)
ReplyDeletebenar .. sebagai pengubat rindu saya bawak balik seorang rakyat Perlis utk tinggal bersama2 dgn saya di Seremban.
DeleteAssalam Pak Ngah.. diari seorang pencen.. bila agaknya saya dapat ke Perlis..
ReplyDeletealaikumsalam. Walupun pencen tapi tak kurang dgn xtvt.
Deletekalau nak pergi Perlis, cuba naik keretapi laju (ETS).
Tahniah Pak Ngah
ReplyDeleteterima kasih.
DeleteSeronok baca coretan uncle..ternanti-nanti selama sebulan.
ReplyDeleteSeronoklah uncle dapat melepas rindu memancing..
memang seronok sangat kerana itu adalah hobi uncle sejak lebih 50 tahun dahulu.
DeleteSelamat kemabli pak..
ReplyDeleteterima kasih ..
DeleteWAHHH .. yang part kenduri tu menarik perhatian..sbb tengah lapar..huhuu..
ReplyDeletekalau ada idea mcm mana nak handle kawan yang mood on off..sila ke blog sya pula yea..huhuu..
terima kasih kerana sudi singgah .. saya pun telah balas lawatan dan tinggalkan komen.
Delete