Friday, February 5, 2016

KISAH SUATU BUNYI YANG MERUNSINGKAN HATI.

  
 Gambar sehelai daun kering terkepit di celah wiper cermin kereta saya.

Baru-baru ini saya menaiki kereta saya ke satu tempat kerana sesuatu urusan. Masa pergi, saya dengar bunyi tap tap tap (rattling) kat sudut depan kereta saya. Semasa balik pun begitu juga. Makin laju makin kuat bunyinya. Dalam hati berkata-kata, apa pulak yang rosak ini. Nampaknya akan berpisahlah duit saya kerana memperbaikinya nanti.

Memandangkan waktu itu sudah tengah hari, saya pun terus balik ke rumah kerana perut saya sudah berasa lapar. Kalau tidak, mungkin saya dah bawa kereta itu terus ke woksyop.

Sesampai di rumah, selepas mematikan enjin dan keluar dari kereta, saya pun meninjau-ninjau bahagian depan kereta saya, manalah tahu kok ada biawak benda yang terlekat. Rupa-rupanya sehelai daun kering (seperti gambar di atas) terkepit di celah wiper cermin kereta saya. Bagaimana dia boleh terkepit kat situ, saya pun tidak dapat mengagaknya. Jadi bila bergerak laju, daun itu akan mengetuk-ngetuk cermin kereta dan menghasilkan bunyi yang tidak biasa dan tidak enak didengar.

Nasib baik saya tak bawa kereta itu terus pergi ke woksyop. Kalau tidak mungkin saya akan ditertawakan oleh foreman woksyop tersebut.


Moral Cerita.

Jangan cepat runsing dan panik dalam menghadapi sesuatu situasi luar biasa. Mungkin apa yang  kita bimbangkan itu tidaklah seperti yang disangkakan.


12 comments:

  1. Mendalam maksud yang tersirat di sebalik apa yang tersurat... :)

    ReplyDelete
  2. Betul kata uncle.kadangkala kita saja yang fikir bukan-bukan.cepat melatah.seronok dapat baca coretan uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 fikiran itu datang mungkin kerana pengalaman silam.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. header di atas pemandangan di mana ya? perlis atau di negori?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan kat Perlis .. saya terlupa dah balik N9 .. nanti tukar header N9 pulak.

      Delete
  5. Assalam Pak Ngah.. kadang bunyi syiling pun kita ingat kete rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. kadang2 ada juga orang yang tayar keretanya bocor tapi tak perasan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.