Tuesday, July 19, 2016

TIGA PERINGKAT SAKIT HATI SEORANG PEMANCING.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

 
Saya suka mengkelaskan sakit hati seorang pemancing kepada tiga peringkat.

Peringkat 1. Sakit Hati Tahap Kuning.

Bila kita tak dapat dan orang lain pun tak dapat.

Sakit hati tu sakitlah juga tapi taklah sakit sangat kerana bukan kita seorang sahaja yang tak dapat.  Kita juga boleh pujuk hati kita dengan mengatakan bahawa mungkin ikan atau udang dah habis.

Peringkat 2: Sakit Hati Tahap Jingga.

Bila kita tak dapat tapi orang lain dapat.

Sakit hati ini ditambah dengan rasukan perasaan cemburu, memberi kesan yang parah dan berpanjangan. Lebih-lebih lagi kalau orang lain tu dapat banyak.

Peringkat 3:  Sakit Hati Tahap Merah.

Bila kita tak dapat, tapi budak kecikyangbelummasuktadika yang duduk sebelah kita, dapat. 

Yang ini sakit hatinya sangat parah dan kesannya sampai bila-bila lebih-lebih lagi kalau budak tu dapat ikan atau udang yang besar dan banyak. Balik rumah, makan nasi pun tak lalu.


Saya tidak tahulah samada ada atau tidak pemancing yang hatinya langsung tak tersentuh kalau mengalami tiga situasi seperti di atas.



10 comments:

  1. Hihihihi..
    Banyak tahap sakit hati rupanya pak ngah..
    Yang ketiga tu rupanya paling parah..
    Tercabar sungguh tu pak ngah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tercabar sebab sendiri pernah kena ..

      Delete
  2. Lagi sakit hati kalau ikan terlepas, mata kail tersangkut di tengah lubuk.

    ReplyDelete
  3. Pak Ngah ikut warna tahap sakit hati ni macam tahap pesakit menunggu dapatkan rawatan di hospital...hihih
    Slm aidilfitri buat Pak Ngah & keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke .. sesuailah pemilihan warna tu.

      t/kasih atas ucapan itu.

      Delete
  4. Itu 3 kategori sakit hati pemancing ...kategori yg sakit hati org rumah pemancing mcm mn pulak. Keluar memancing berjam2...penyudahnya pancing ikan kat pasar jer...heheh. Bebudak skrg selalu guna bahasa 'mak ko hijo'...itu lah status warna nyer kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kpd jenis orang rumah .. dlm kes saya, orang rumah sangat memahami dan menggalakkan wpun pergi berhari2 dan tak berhasil.

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    skrg ni pakngah dlm kategori mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      kategori 4 sebab dah lama tak mancing .. gigil seluruh badan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.