Friday, March 30, 2018

HIDUP MESTI ADA BATASAN.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Hidup ini mesti ada peraturan yang menjadi batasnya. Ibarat ikan dalam aquarium, batasnya ialah dinding aquarium. Kalau lompat keluar, akan mati kelemasan atau dibaham kucing tuan rumah. Bagi orang Melayu yang beragama Islam, pembatasnya adalah perintah yang ditetapkan oleh ugama dan juga adat resam serta  pantang larang warisan nenek moyang kita.

Kalau kita bertindak melampau batas, akibatnya "kalau tak patah, tiek" kata peribahasa lama. Tiek tu macam seliuhlah lebih kurang. Tarafnya kurang sikit dari patah. Tapi sakit juga.

Tetapi terdapat trend di kalangan sebahagian anak muda (dan juga orang tua) sekarang ini untuk tidak lagi mahu terikat dengan pantang larang dan juga perintah agama. Kata mereka kolot dan tak sesuai dengan fikiran. Yang lebih parah lagi, ada yang kata dia ada versi Islam sendiri yang ternyata ia jauh bertentangan dengan pendapat ulamak yang muktabar. 


6 comments:

  1. tiek tu sama dengan trgeliat ke?

    huhuhu.

    ReplyDelete
  2. sekarang ramai orang melayu nak jadi liberal
    konon-konon ikut arus kemodenan
    sedih juga bila jumpa orang-orang macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye .. itulah merisaukan terutama org mcm saya yg ada anak2 yg masih belasan tahun .. takut mereka terpengaruh.

      Delete
  3. Sekarang zaman fitnah dajjal dah berleluasa.
    Istiqomah dan sentiasa baca doa fitnah dajjal semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu peringatan yg baik .. terima kasih.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.