Gambar hiasan. Saya memang dijemput ke rumah terbuka ini.
Katalah kita nak pergi berjalan raya kat rumah kawan lama kita dan kita tak beritahu dia yang kita nak datang. Bila sampai dekat rumah dia, kita nampak ada khemah, kereta bersusun-susun dan ramai orang. Kemudiannya kita dapat tahu hari tu dia buat rumah terbuka tetapi dia tak jemput kita. Apakah tindakan anda ?
1. Balik dulu dan datang lain kali sebab tak mahu tuan rumah rasa serba salah dengan kita.
2. Alang-alang dah sampai, teruskan ke rumah dia. Nak datang lain kali, entahkan bila.
Saya pernah kena dan saya pilih 2. Tuan rumah memang berubah air muka bila nampak saya, tapi kejap je, lepas tu keadaan kembali normal. Dan dia juga sangat berbesar hati dan rasa bertuah atas kedatangan saya ke rumah dia yang kena pada masanya.
kalau rumah terbuka maka tidak perlukan ajakan. semua welcome. kalau kenduri lain...mungkin kekok juga jika hadhir tanpa ajakan...tapi kebanyakannya tuan rumah rasa honoured but a lil embarassed..
ReplyDeletesetuju .. akan tetapi sebagai tuan rumah, dia juga wajib meraikan tetamu kerana tetamu juga ada haknya di sisi Islam.
DeleteTerimakasih atas informasinya, Silahkan Kunjungi website kami ^^
ReplyDeleteObat Kelenjar Getah Bening
Kalau takde masalah untuk datang lain kali,
ReplyDeletesaya akan balik dulu.
kalau rumah dekat-dekat ok lah .. itu pun belum tentu. hehe
Deletetak pernah fikir hal ni, sebab jarang datang rumah terbuka. kalo dijemput pun, kadangkala menolak dengan pelbagai hal yang tidak dapat dielakkan.
ReplyDeletetapi kalau saya di tempat pak ngah, tiba - tiba datang mungkin saya tak masuk; saya minta tolong kawan yg dijemput minta kebenaran dengan tuan rumah.
samada boleh bermeriah sama.
wallahualam.
elok juga ambil langkah tu .. lebih tenteram di jiwa.
Deletetak penah lak terjadi gitu pak Ngah, tp klu dana kalau di kl ni... dana pilih yg no 1... segan tak di jmput tp dtg pulak...
ReplyDeletecumanya kalau kt kampung, dana pilih no 2 sbb kt kampung takde istilah openhouse, kalau raya tu mmg sntiasa mengalu2kan kedatangan tetamu....
boleh je pilih mana2 .. bergantung kpd rasa hati masing2.
Delete