Tuesday, September 4, 2018

NAK TENGOK GAMBAR DAN VIDEO KAMI KORBAN DI KEMBOJA ?

Pada hari raya haji tahun ini buat pertama kalinya saya menganjurkan ibadah korban di Kemboja. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakan di mana 4 ekor lembu telah pun dikorbankan pada dua hari raya haji, 23hb Ogos 2018. Setiap bahagian dikenakan bayaran sebanyak RM360.00. Bayran itu adalah untuk harga lembu dan belanja pengurusan.



Gambar 1:  Lembu pertama.


Gambar 2: Lembu kedua.



Gambar 3: Lembu ketiga.


 Gambar 4: Lembu ke empat.

Demikianlah 4 ekor lembu sempurna dikorbankan di Wilayah Kampot, Kemboja yang diwakil dan diuruskan oleh Ustaz Badri Yunos dan pasukannya dari badan Cambodian Charitable Trust Association. Terima kasih banyak-banyak Ustaz kerana menyempurnakan amanah dan hajat peserta-peserta dari Malaysia. Mudah-mudahan Allah menerima korban yang kami lakukan di samping sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam di sana yang rata-rata miskin berbanding dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Berikut saya tunjukan sebuah video yang berkaitan untuk anda dapat merasakan suasana ibadah korban di Kemboja yang tidak banyak berbeza dengan di Malaysia.





6 comments:

  1. alhamdulillah pak Ngah, sedikit sebanyak dpt menambahkan kemeriahan sambutan umat islam di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah harapannya sebab saya difahamkan ada orang kampung yang cuma dapat makan daging semasa hari raya korban je.

      Delete
  2. Replies
    1. saya beraya di sini sahaja .. segala urusan dibuat secara dalam talian sahaja.. kita manfaatkan kemudahan ict yang ada.

      Delete
  3. Alhamdulillah dikurniakan rezeki dapat melakukan korban semoga korban pakngah dan rakan-rakan diterima hendakNYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.