Tuesday, October 23, 2018

SIAPA PERNAH TENGOK BILAL TERBANG ?


Ilustrasi hiasan hasil carian Google.

Kadang-kadang ada satu-satu perkataan yang pada kita maknanya sangat jelas, namun kepada orang lain ia barangkali mempunyai makna yang berlainan. Ia berpotensi menjadi salah faham, jenaka atau pertengkaran. Contoh:

TERTEKAN. Boleh difahami sebagai susah atau pun tak sengaja tekan.

Contoh 1. Hidupnya makin tertekan sejak dibuang kerja.
Contoh 2. Dia nak tekan brek tapi tertekan minyak.

TERLALU. Boleh difahami sebagai sangat atau pun tak sengaja lalu.

Contoh 1. Dia terlalu cantik berbanding rakan-rakan sedarjahnya.

Contoh 2. Saya nak pergi rumah Haji Dahan tapi terlalu depan rumah Lobai Salleh.

TERBANG. Boleh difahami sebagai makna biasa seperti burung terbang atau tak segaja bang (azan).

1. Contoh 1. Burung tu terbang tak henti-henti mencari makanan.

2. Contoh 2. Bilal tu sebenarnya nak iqamah tapi kerana terlalu mengantuk, dia terbang.

Siapa pernah alami bilal (muazzin) terbang? Saya pernah, tapi bilal tu cepat sedar setelah ditegur oleh jemaah lain.


10 comments:

  1. Hahaha...masa anak sulung saya di Tahun (Darjah) 6, dia pernah terbang pada jam 4.30 pagi di surau... Waktu itu dia memang akan selalu bangun awal untuk melaungkan azan Subuh...

    ReplyDelete
  2. heehhehe... betul lah Pak Ngah, mmg kadang 1 perkataan tp ada 2 -3 makna...

    tp kalau terbang ni... tak semua tempat panggil azan tu sebagai bang... ke sama hehehe...

    teringat masa kt kampung... bilal kt kampung sya terbang sampai 2 kali masa zuhur, udahla time cuti rupanya dia tak perasan sebelum tu dh ada org azan dia yg dtg lambat dia pakai azan je... maklum dtg dh kelam kabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. saya tak pernah lagi terjumpa kes mcm ni. Mesti penduduk setempat tertanya2.

      Delete
  3. ada juga ejaan yang sama tapi sebutan yang berlainan dan membawa maksud yang berlainan...contoh sepak....1. kakinya luka akibat tersepak batu 2. "Ko sepak pipi aku tau kalau aku tertido (atau perkataan lain "tampar")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepak dalam contoh tersepak batu tu sebenarnya dulu ada tanda pada huruf e tu tapi entah bila ditiadakan oleh cerdik pandai kita.

      Delete
  4. Tanda e tu macam mana rupanya Pak Ngah? Saya rasa kalau kita teruskan shj guna tanda tu tak akan menimbulkan kekeliruan/masalah kan?

    ReplyDelete
  5. Memang Pak Ngah sokong penggunaanya. Boleh baca apa yg Pak angah pernah tulis lama dulu di link berikut:

    http://al-lavendari.blogspot.com/2012/03/aku-keliru-24-isu-e-tanda.html?m=1

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.