Tuesday, December 18, 2018

KISAH BENAR: PENJUAL COKELAT DI STESYEN PETRONAS.

*Entri tertangguh.

Cokelat buatan sendiri.


Minggu lalu seorang wanita pertengahan umur berjaja makanan menghampiri saya yang ketika itu sedang mengisi minyak kereta di stesyen minyak yang berdekatan dengan rumah saya. Dia minta saya beli cokelat (seperti dalam gambar) yang katanya dibuatnya sendiri. Kebetulan saya tidak membawa wang dan mengisi minyak menggunakan kad. Yang ada cumalah RM4 terselit di satu sudut dalam kereta saya manakala harga cokelatnya adalah RM6 sebekas. Saya tak sampai hati melihat mukanya yang sangat berharap kerana mungkin belum ada lagi keknya yang terjual pada hari tersebut.

Lalu saya berkata, "Saya minta maaf tak dapat beli kerana saya tak bawak duit. Yang ada cuma RM4 yang kebetulan terselit dalam kereta ni. Kalau mahu, ambil sajalah .."

Mukanya sikit berubah dan segera menjawab "Allahuakbar .. tak apalah bang, saya berniaga .."

Dengan pantas dia terus beredar. Tiba-tiba timbul dua perasaan dalam hati saya. Pertama. Rasa malu kerana tindakan saya itu menyebabkan wanita itu mungkin merasakan dirinya diperlakukan seperti orang yang meminta-minta. Kedua, rasa hormat dan kagum kepadanya walaupun dia sangat memerlukan wang tapi harga dirinya masih utuh.

Tadi sekembalinya dari mengambil barang dari pos laju Seremban, saya singgah mengisi minyak kereta anak saya di stesyen minyak yang sama. Anak saya yang memandu. Sebaik saya keluar, saya tak sangka berjumpa lagi dengan wanita itu di situ. Dia berjalan menuju saya dengan muka yang girang.

"Alhamdulillah saya jumpa abang lagi. Adalah rezeki saya hari ini". Lalu saya membeli sebungkus dan dia beredar dengan muka yang gembira mencari pelanggan yang lain.

Setibanya saya di rumah dan setelah masuk ke bilik tidur tetiba saya berasa sebak bila membayangkan jika isteri saya atau anak perempuan saya terpaksa berjaja sepertinya untuk membantu saya menambah pendapatan, sedangkan tiada seorang pun berminat untuk membelinya hingga ke petang. Lalu saya merasa sangat bersyukur dan merasa beruntung kerana rezeki Allah kepada saya tidak pernah putus-putus setakat ini. Moga-moga Allah terus memurahkan rezeki saya hingga ke hujung nyawa.

* Saya sebenarnya tidak gemar kek cokelat atau ais krim cokelat.




6 comments:

  1. moga rezeki Pak Ngah semakin murah begitu juga dengan makcik yg menjual coklat tu, moga ada lbh ramai yg membeli coklat buatannya

    ReplyDelete
  2. Insya Allah rezeki itu ada.
    Cuma kita kena rajin berusaha.
    "Saya sebenarnya tidak gemar kek cokelat atau ais krim cokelat" yang ni lawak hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar saya tak gemar kecuali dharurat. Hehe.

      Delete
  3. terasa sayu.

    walaupun penulisan ini ringkas.

    walaupun akak tu nampak kesusahannya, tp ilmu prniagaan yang dia ada lebih tinggi nilainya.

    semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mukanya sentiasa manis walaupun kepada orang yg tak mahu beli.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.