Tuesday, January 29, 2019

MEMANG BERGETAH !

Bergetah tak cempedak yang kawan saya beri?


Kalau semua anak menantu dan cucu saya balik, fikir dua kali juga nak beli cempedak goreng untuk sarapan pagi atau minum petang sekarang ini kerana harganya agak mahal. Mungkin bukan musimnya. Kalau nak beli, 50-60 ulas tak cukup untuk sekali hadap.

Tetiba ada rezeki datang bergolek. Petang semalam ada kawan hantar sebanyak 4 buah kat rumah saya. Sebuah dah goreng pagi tadi dan rasanya sebijik macam cempedak goreng. Semoga pokok cempedak kawan saya itu terus hidup subur dan mengeluarkan buah yang elok dan banyak hingga ke akhir usianya.

Maksud saya usia pokok itu.




12 comments:

  1. sedapnya.

    ni ada jugak sebiji. baru siap peram.

    nak digoreng belum jadi - jadi nak menggoreng.

    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah goreng belum ? Ok ke isinya? Beli ke orang bagi?

      Delete
    2. dah selamat pak ngah.

      amik belakang rumah ni. ada dalam tiga biji.

      dah selamat semuanya masuk dalam perut ni.

      alhamdulillah. ada rezeki saya buat sarapan minggu ni.

      Delete
  2. biji dia cuba la tanam pak ngah, mane tau menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti menjadi tapi bila pokoknya cepat sikit berbuah.

      Delete
  3. 4 biji la Pak Ngah, 4 buah tu lain mcm je penjodoh bilangannya hehehhe...

    mmg bergetah betul cempedak ni, puas la goreng kan,,, kalu beli tu 10 ulas dh berapa ringgitla... tak padan betul rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun biji penjodoh bilangan yg tepat. Kat sini seulas cempedak goreng orang kata 70 sen.

      Delete
    2. adoi. kalau seulas 70 sen. beli seploh dan 7 ringgit.

      pakcik kaya!!!

      huhu

      Delete
  4. Kat kebun WP banyak pokok cempedak yang berbuah.
    tapi monyet yang punya.

    ReplyDelete
  5. Favorite tu cempedak goreng.
    Tips membeli cempedak goreng, kalau beli pun beli untuk diri sendiri je.. makan sebelum sampai rumah yang dirumah tu belikan pisang goreng ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.