Dari tahun 1967 hingga 1969, saya bersekolah di Sekolah Menengah Teriang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Saya tinggal di Kampung Bukit Gajah, Pelangai, Pahang. Saya berulang alik bersama-sama 5-6 orang kawan satu sekolah sejauh kira-kira 34 kilometer setiap hari dengan menaiki basikal kerana pada masa itu hanya sekolah ini sahajalah yang paling hampir dengan rumah saya. Maknanya saya keluar negeri setiap hari untuk bersekolah. Walaupun jarak itu adalah agak jauh dengan menaiki basikal, lebih-lebih lagi bagi kami yang masih lagi dianggap budak-budak namun kita tak pernah merasa penat walaupun hari-hari hanya makan nasi tanpa sebarang suplemen.
Bila hari hujan, akan lambatlah kami sampai ke sekolah. Tetapi cikgu faham dan tidak memarahi kami pelajar-pelajar luar negeri yang terlewat datang. Cuma rugilah kerana terlepas beberapa mata pelajaran. Duit belanja selalunya cuma 20 sen sehari, jika tidak ada kelas petang. Kalau ada kelas petang, lebihlah sedikit. Dapatlah beli 2 biji kueh, atau se piring mee goreng untuk mengalas perut sementara sampai ke rumah balik dari sekolah sebelah petang nanti. Sayangnya tidak banyak gambar yang ada dalam simpanan saya kerana tidak ada murid yang memiliki kamera pada masa itu. Cuma bila kena ambil gambar ramai atau ada acara seperti sukan, akan ada jurugambar dari luar datang mengambil gambar. Sudah tentulah kita kena bayar kalau hendakan gambar tersebut. Berikut adalah 3 keping gambar hitam putih yang masih ada dalam simpanan saya.
Bila hari hujan, akan lambatlah kami sampai ke sekolah. Tetapi cikgu faham dan tidak memarahi kami pelajar-pelajar luar negeri yang terlewat datang. Cuma rugilah kerana terlepas beberapa mata pelajaran. Duit belanja selalunya cuma 20 sen sehari, jika tidak ada kelas petang. Kalau ada kelas petang, lebihlah sedikit. Dapatlah beli 2 biji kueh, atau se piring mee goreng untuk mengalas perut sementara sampai ke rumah balik dari sekolah sebelah petang nanti. Sayangnya tidak banyak gambar yang ada dalam simpanan saya kerana tidak ada murid yang memiliki kamera pada masa itu. Cuma bila kena ambil gambar ramai atau ada acara seperti sukan, akan ada jurugambar dari luar datang mengambil gambar. Sudah tentulah kita kena bayar kalau hendakan gambar tersebut. Berikut adalah 3 keping gambar hitam putih yang masih ada dalam simpanan saya.
Gambar 1: Bersama guru kelas di tingkatan 1, Dato' Hassan bin Malek yang pernah jadi Menteri dan Duta di Kemboja. Saya duduk depan di kanan sekali. Murid lelaki yang di kiri sekali adalah ketua darjah kami. Saya tidak tahu dan tidak ingat kenapa saya kena duduk depan walhal saya tidak memegang apa-apa jawatan samada ketua darjah atau pengawas atau sebagainya. Nak kata saya jahat, rasanya tidaklah jahat sangat.
Gambar 2: Di hari sukan sekolah. Saya dah lupa nama rumah saya. Dua orang dewasa yang berkaca mata hitam itu adalah guru-guru kami.
Gambar 3: Gambar ini saya sudah lupa tahunnya secara tepat dan saya berada di tingkatan berapa. Yang pasti tahunnya kalau tidak 1968 adalah tahun 1969.
Tadi saya kata saya berulang alik dari Kampung Bukit Gajah, Pahang ke Sekolah Menengah Teriang Hilir, Negeri Sembilan sejauh 34 kilometer sehari. Jarak itu disahkan oleh oleh Google Map seperti di bawah sebagai bukti. Sekarang ini kalau tak ada bukti orang tak percaya atau susah nak percaya.
Gambar 4: Cetakan skrin dari Google Map yang menunjukan jarak dan masa diambil jika berkereta selama 19 minit. Kalau naik basikal hampir sejam baru sampai, itupun jika tidak berlaku kesesakan jalan raya.
Selepas menduduki peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) setaraf PT3 pada masa ini, bilangan pelajar yang lulus adalah tidak ramai. Kalau tidak silap saya cuma 16 orang sahaja. Oleh kerana bilangan yang sedikit itu maka tingkatan 4 di sekolah kesayangan kami tidak dapat dijalankan. Tentulah ia atas arahan Jabatan Pelajaran dengan alasan yang wajar. Maka kami terpaksa berpisah dan berpindah ke sekolah pilihan masing-masing untuk ke tingkatan 4 dan seterusnya. Apa nak buat. Itulah tadkir yang telah direncanakanNya. Saya memiliha untuk bertukar ke Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Jelebu bersama-sama dengan 4 orang kawan yang lain. Selanjutnya mungkin saya akan cerita dalam entri yang lain pulak. Insyaallah.
Bilangan pelajar ke bilangan belajar?
ReplyDeleteHehehe...sebenarnya tak tahu nak komen apa pun... tapi sesekali mengenang waktu yang pernah hadir dalam kehidupan, seronok juga... :)
Memang mata Kakcik cukup cekap. Saya dah semak dua tiga kali sebelum publish, masih juga tak perasan. Sudah dibetulkan. Terima kasih.
Deletekekecik nak sambung blaja kat luar negeri ye pak ngah.
ReplyDeleteuhuhu.
selamat mengimbau kenangan lalu.
Kenangan itu sangat manis untuk dikenang .. akan tetapi tidaklah berapa manis semasa melaluinya.
Deletegigih betul ye pak Ngah, yelah kita nk belajar kan...
ReplyDeletetapi mmg jauh betul setiap hari mengayuh basikal... dulu 20sen tu dh mcm besar je jumlahnya kan...
nsb masih ada lg kenangan Pak Ngah yg gambar dulu2 nih...
Memang gambar hitam putih ni lebih tahan berbanding gambar warna sekarang.
DeleteNostalgia.
ReplyDeleteSaya naik basikal juga ke sekolah walaupun ramai yang naik bas sekolah.
Dulu 10 batu jaraknya. Lebih kuranglah tu
Samalah .. murid perempuan semua naik bas. Kalau naik basikal pun dari rumah ke tempat tunggu bas je.
DeleteAssalamualaikum tuan, terbaca kisah tuan ni..dulu saya pun sekolah triang hilir 1972-1973 tingkatan 2-3. Duduk di Spg Pelangai, saya dulu naik basikal juga meredah jalanraya ke sekolah sorang2 sbb tiada kawan. Masa tu jalan dari pelangai ke durian tipus masih byk hutan lagi kan? Ayah saya buka kedai kopi di tepi simpang pelangai tu. Saya juga selalu berbasikal ke kg Bkt Gajah dan Chomomoi, ayah buat dusun durian di sana.
ReplyDeleteKisahnya. Mungkin juga saya kenal bapa awak.
Delete