Saturday, September 7, 2019

DARI FESBUK # 26: BAHASA ORANG MUDA.


Cetakan skrin sebahagian dari status di fesbuk saya.

Saya kena ambil masa nak faham ejaan anak2 muda dlm media sosial pada masa ini.

Berikut adalah beberapa perkataan yang saya pernah jumpa yang saya rasa saya tahu maknanya. Betul tak betul, tak tahulah.

kuar > keluar.
majuk > merajuk.
leh > boleh
watlek > buat rileks
korg > kau orang.
suh/soh > suruh.
sonok > seronok.
kim > kirim.
katne > dekat mana.
watpe > buat apa.
sokgi > besok pagi.
kemain > bukan main.
sume > semua.
umh > rumah.
ko > kau.
cmtu > macam tu.
nape > kenapa.
pape > apa-apa.
kj > kerja
leklu > rileks dulu.
chat > sihat.
kete > kereta.
pck > pakcik
kt > dekat.
pk > fikir.
pasan > perasan.
leklok > elok-elok.
pastu > lepas tu.
tanjat > terperanjat.
caner > macam mana.

Nak perbetul boleh, nak tambah pun boleh.

10 comments:

  1. Hehehhe... itulah kadang-kadang Mrs. A pun ada yang tak faham.
    Sebab tu lah bila anak-anak Mrs. A WA suruh depa eja penuh betul-betul jangan merosakkan bahasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu satu tindakan yang betul. Seeloknya dari kecil lagi sudah diterapkan penggunaan perkataan dan ayat yang betul dalam komunikasi lisan atau tulisan.

      Delete
  2. dalam group whatsapp sekolah anak-anak kita boleh tengok mana parents yang dah berumur mana yang muda belia.

    kadang-kadang yang muda belia ni bila dia tulis...kita parents yg dah cecah 40 ni macam kene baca ulang-ulang sebab tak faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah pulak. Cucu sulung pun dah darjah empat.

      Delete
  3. ini kira ok lagi ni pak Ngah, ada yang lagi hipster... aq= aku, on9= online, titew= kita, aw= tau, owg= orang... dan banyak lagi yg boleh buatkan Pak ngah pening kepala... memang tak paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pening lagi, mungkin pengsan terus.. Hehe.

      Delete
  4. Assalamualaikum Pak Ngah

    Lama tak menjejak mata kesini
    Masih seperti dulu yer,
    Terus berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Terima kasih kerana tinggalkan jejak. Sekarang sudah kurang berkarya di blog kerana banyak masa bermain2 di fesbuk.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.