Friday, September 27, 2019

BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 14. CAKAP BERKIAS.


Bahasa Melayu halus dan berlapik. Penuturnya tidak mahu memalukan orang atau memalukan diri sendiri. Untuk itu mereka gunakan bahasa kiasan untuk menyampaikan maksud di hati.  Contoh.

1. Mereka kata anaknya "kerja ladang anggur" jika anaknya masih menganggur.

2. Mereka kata pergi "petik buah langsat" kalau mereka telah tersesat dan lambat tiba ke destinasi.

3. Mereka kata "anyam ketupat" ke? kalau mereka ingin menyindir orang yang sedang mengumpat.

4. Mereka kata "kalau kau tak nak, buang bawah pokok paku"  dengan maksud kalau kau tak hendak benda tu bagi kat aku. Dengan lain-lain perkataan penuturnya tertarik dengan barang milik seseorang tetapi segan nak minta.

5. Mereka kata "macam gagak bawa telur" kalau mereka nak mengusik orang yang berkulit gelap berdampingan dengan orang yang berkulit cerah.

6. Mereka kata "ada kerbau tak masuk kandang" kalau mereka nak beritahu seseorang yang ada nasi atau makanan terlekat pada pipinya.

7. Mereka kata "dulu Isnin dari Ahad" kalau nak beritahu seseorang yang baju dalamnya (singlet) terujulur atau terkeluar dari dalam baju.

Namun begitu ia hanya berkesan jika pendengar  memahami maksud penutur.  Sekiranya mereka tidak faham eloklah berterus terang untuk elakkan salah faham.

8 comments:

  1. oohh saya tahu buah anggur tu je.. yang lain semua tak tahu ade maksud tersirat. nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada banyak lagi. Setakat ini itu shj yg saya tahu.

      Delete
  2. Anyam ketupat dah tukar kepada membawang, atau kopek bawang sekarang ni hehe

    1,2 dan 3 aja saya pernah tahu,
    4,5,6,7 baru ni lah tau...
    Terima Kasih Pak Ngah...bagi tau..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu. Membawang ungkapan yg popular skrg ini.

      Delete
  3. Cakap berkias ni dah jarang2 kita dengar atau gunakan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni bahasa berkais anak-anak dah tak faham.
    Mereka tahu bahasa netizen lagi banyak. Kunyit, budak wechat, membawang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menyedihkan. Akan hilang keindahan berbahasa Melayu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.