Tuesday, July 14, 2020

INI PARLIMEN KE?

Semalam sekerat hari saya ikuti persidangan Parlimen.  Saya tidak gembira melihat apa yang terjadi.  Terpekik terlolong di sana sini. Tetapi bukanlah semua MP berkelakuan begitu.  Cuma beberapa kerat sahaja. 

Kenapa ini terjadi?

Saya simpulkan sebabnya dengan dua perkataan, iaitu "BALAS DENDAM".

Begini. 

Masa BN memerintah dulu, persepsi umum mengatakan speaker lebih memihak kepada MP dari BN.  Masa itu MP dari PH simpan sahaja rasa marah,  tak puas hati,  geram dsb. Bila PH pula memerintah, mereka balas dendam.  Kali ini MP dari BN pula merasakan apa yang dirasakan oleh MP dari PH dahulu. Mungkin dalam hati mereka berkata,  "nantilah bila kami memerintah semula,  tahulah nasib engkau".

Itulah yang terjadi semalam. Banyak perkataan yang tak sesuai diucapkan,  lawak hambar di samping tidak menghormati peraturan dewan.

Perbuatan atau sikap ini tidak baik.  Ia lebih teruk dari program debat masa saya bersekolah menengah dahulu. 

Bilakah agaknya mereka akan berubah?



Nota kaki: Saya tidak menyebelahi mana2 pihak.

14 comments:

  1. tak pernah tengok persidangan parlimen nih... tapi itulah kadang dari situ lah kita nampak muka sebenarnya yb2 ke wakil rakyat ke atau menteri yang ada... sabar jelah
    mereka ni patutnya bertindak matang bukan macam budak-budak sekolah bergaduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 mereka berkelakuan begitu hanya di dalam dewan.

      Delete
  2. saya dan bos pun tengok gak drama2 parlimen semalam. What we can say..we can only laugh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hibuaran percuma. Tetapi kdg-kdg tu panas juga hati.

      Delete
  3. menyampah..kan? Kita rakyat yang bayar cukai ni perhati je orang2 tua perangai macam budak2. Tak tahu la kesal dan kecewanya kita berhabis untuk orang2 macam ni.

    Nak mengundi siap balik kampung jauh perjalanan nya. Belanja pun banyak, Duit minyak duit makan.Alih2 orang macam ni yang ada kat parlimen..

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok di kaca tv, persidangan parlimen di luar negara yang sampai berbaling kerusi...agaknya memang gitu cara wakil rakyat bersidang..emotional 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah tengok, kalau tak silap kat Taiwan.

      Delete
  5. kat luar parlimen mereka okay2 aje
    Siap boleh ngeteh sama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahkan ada di antara mereka bersaudara atau adik beradik. Tentulah tidak jejas perhubungan mereka. Yang over ni kdg2 pengikut jer.

      Delete
  6. Saya tak berminat menonton perbahasan di parlimen kerana inilah. Dengar dari berita tv, condong sebelah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengok masa tertentu shj. Kebanyakan masa tu tengok suntingan kat Youtube

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.