Sunday, December 6, 2020

JANGAN KISAH ORANG LAIN BELI KUIH APA.

Saya ibaratkan berpolitik ni macam nak beli kuih untuk minum petang. Belilah kuih yang sesuai dengan tekak sendiri.  Kalau tak suka,  tak usah beli. Selesai masalah.  Jangan pula dicaci maki penjualnya atau kuihnya.

Dan satu lagi,  kalau orang lain beli kuih yang tak serupa dengan kuih yang awak beli,  jangan pulak pergi serang orang tu dengan kata2 yang kesat dan kotor.  Biarlah dia nak beli kuih apa pun.  Selera manusia tak sama.  Yang nak makan dia,  bukannya awak.  Dia beli pun bukannya minta duit awak.

2 comments:

  1. ya betul tu. Kita ikut selera sendiri lah ya. Tak suka diam-diam je ikut masing-masing punya kesukaan.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.