Tangkap layar di wall saya. |
Saya nak komen satu perkara iaitu tentang penggunaan istilah "bangsa asing". Sebenarnya sudah lama saya nak komen tapi tertangguh sebab ingatkan dah tak ada lagi orang kita cakap macam tu. Tapi saya silap sebab masih ada lagi orang kita yang guna ungkapan itu untuk merujuk kepada warga Malaysia bukan keturunan Melayu atau Bumiputera. Mungkin ramai yang tak perasan tapi saya perasan sebab ia mengusik hati saya tiap kali mendengarnya.
Bagi saya penggunaan istilah itu tidak tepat. Orang asing hanya sesuai digunakan bagi bukan warga negara Malaysia yang datang melancong, bekerja termasuk PATI, mendapat rawatan, buat konsert, bersukan dsb bukannya mereka yang memegang kad pengenalan BIRU.
Saya tak tahu kenapa perkara ini masih lagi berlaku. Mungkinkah kerana orang kita masih merasakan mereka itu bersikap macam bangsa asing?
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke - 60.
*Entri tertangguh.
sy anak Melayu + India.. berbintikan ayah yang ada @ dihujung nama islamnya. Jadi sy ni camna?? separuh local separuh bangsa asing?
ReplyDeleteKalau nak kira mcm tu berapa kerat je orang Melayu. Sudah tentulah awak warga negara Malaysia.
DeleteSelamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke - 63 Pak Ngah... hehehehe
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteKefahamanan Mrs. A pun sama 'bangsa asing' itu adalah mereka yang bukan warga negara Malaysia.
ReplyDeleteCina dan India yang warga negara malaysia bukanlah sejenis bangsa asing
Kita serupa.
DeleteSambung belajar di luar negara dalam pengajian sebagai Doktor haiwan
ReplyDeleteMakan dalam.
Delete