Bila usia sudah meningkat,
Dulu kurus sekarang dah bulat,
Seluar baju semua dah sendat,
Banyak yang lupa dari yang ingat,
Buat kerja semua pun lambat,
Panjat tangga dah cepat penat,
Dengan ubat berkawan rapat,
Hendak ke timur lepas ke barat,
Tempat dituju semakin dekat,
Kerja lagha jangan dibuat,
Moga selamat dunia akhirat.
25 Zulkaedah, 1446.
Semoga sihat-sihat sahaja tuan..
ReplyDeleteMudah-mudahan. Terima kasih
DeleteBetul tu Pak Ngah, umur makin meningkat keadaan diri makin lemah,
ReplyDeleteAllah tarik sikit demi sikit agar kita sedar bahawa dunia ini akan
kita tinggalkan tak lama lagi
Ya ustaz. Itulah yang sedang saya lalui dan alami di masa ini. Tolong doakan saya agar terus diberiNya kesihatan hingga ke akhir ayat.
DeleteSemuga Pak Ngah dikurniakan kesihatan yang baik dan di permudahkan urusan. Aamiin. Kudrat yang menyusut membuatkan diri sedar sendiri bahawa usia semakin lanjut.
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya. Amin.
Delete