Monday, May 23, 2011

SAYA SUKA ENTRI INI 6 - HAI-la BLOGGER




Tajuk Entri: HAI-la BLOGGER.

Nama Pena: Augustina Early Harry Iskandar

Nama Blog: Simply Aku O'gosh. 

Tarikh Di siarkan: 7 Januari 2011.

Dengan izin pemiliknya, saya 'copy-paste' entrinya seperti di bawah ini.
Yang paling saya suka part ini ..

HAI-la BLOGGER
Tak patut la berkira2 ..
Dulu x femes sume kau layan ..
Skang dah 'fofular - yang kecik2 kau 'bohlayan' ..

Baca seterusnya sampai habis .. Ok !


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5-dNM3pX88sofCObEnJDJpiHnMjKd354kMdHx0uJTkhH1z_MKqbj4wc3zGY-49k3eE8ocIfsnSOfa5JWVTJdjElcd5yUFS4rI0NhlfPnF7eyA8VCEOBv7imk3BsDk7RfT1KqNBuV83lXq/s1600/untitled.bmp

Entri asalnya di sini .

Komen saya:  Saya  kagum dengan kebijaksanaan penulis memilih dan menyusun kata-kata yang  berirama, ringkas dan jelas sekali maksudnya. Saya tidak tahu kepada siapa ditujukannya. Akan tetapi, siapa makan lada dialah yang terasa pedasnya. Rasalah cuping telinga sendiri, panas tak ? Nanti saya minta Makngahnya rasa cuping telinga saya. Hehe !

Seterusnya silalah lawat sendiri blog tersebut untuk membaca entri-entri yang segar-bugar dari ladang !

.

Sunday, May 22, 2011

KENAPA HARGA MAKANAN DI KEDAI MAMAK BERBEZA-BEZA ?


Gambar Hiasan hasil carian Google.


Seorang kawan saya cerita, semasa dia di Sandakan, dia minum pagi di sebuah kedai mamak selama tiga hari berturut-turut.


Dia hairan kenapa dia dikenakan harga yang berbeza pada setiap kali dia makan, walhal benda yang dia makan adalah serupa. Hari pertama dia rasa harganya agak murah. Tapi hari kedua dia rasa agak mahal. Dan pada hari ke tiga, harga yang dikenakan adalah pertengahan. Lalu dia bertanya kepada taukehnya ...

"kenapa harga awak lain-lain walaupun saya makan benda yang serupa"


"ini macam incik .. hari pertama saya charge incik, banyak moorah sebab saya kasi diskaun sama incik sebab incik baru punya orang. Hari kedua, saya charge sama incik, sikit mahal sebab saya mahu cover semalam punya harga, dan ini hari biasa punya harga semua orang bayar jugak"


Kawan saya tak dapat kata apa-apa sebab jawapan yang di beri itu kira masuk akal. 


Ini cerita benar, bukan rekaan.  Kalau tak percaya tanya kawan saya itu. Dia hidup lagi.


p/s: Entri yang berkaitan yang bertajuk "BIAR TAK BERAPA SEDAP- ASALKAN CEPAT"  yang telah mendapat sambutan hangat dari pembaca boleh di baca di sini.


.