Saya percaya ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa ada jenis buluh yang mengeluarkan buah. Ini kerana mungkin di tempat kita tidak pernah terjumpa pokok buluh yang berbuah.
Pernah saya dikatakan benak kerana membuat pantun yang mengharapkan buluh yang saya tanam menghasilkan buah. Saya tidak marah kepada yang berkata begitu kerana saya percaya dia tidak mengetahui bahawa memang ada spesis buluh yang mengeluarkan buah. Lihat pantun dan juga jawapan dari seorang peminat pantun seperti di bawah.
Inilah pantun dari page saya yang saya maksudkan.
Lihatlah jawapan kepada pantun saya itu. Hehehe.
Hasil carian Google, saya kongsikan maklumat dan gambar-gambar buluh yang mengeluarkan buah itu. Saya difahamkan spesis buluh yang berbuah ini boleh di dapati di sebuah wilayah di India. Kalau anda berhajat untuk mengetahui lebih lanjut, sila google perkataan "melocanninae" iaitu nama sains bagi jenis buluh yang berbuah itu.
Petikan dari internet maklumat saintifik tentangnya.
Gambar 1: Pokok buluh yang sedang berbuah.
Gambar 2: Gambar buahnya dari dekat.

Gambar 3: Gambar rentas buahnya yang terbelah dua.
Gambar 4: Mungkin buahnya juga boleh di makan berdasarkan buahnya yang tersisa.
Sesungguhnya khazanah cipataan Allah itu samada di udara, di bumi atau di dalam lautan tidak terkira luasnya. Terlalu banyak lagi ciptaanNya yang tidak kita ketahui dan belum diterokai. Allahuakbar. Sesungguhnya Dia maha agung dan maha bijaksana dan kita hambanya amat kerdil dan tiada berdaya.