Monday, November 16, 2015

BAHASA MELAYU TIDAK PERLIK TAPI UNIK # 7 - ROTI TELUR.



 Roti telur hasil carian Google.


Bahasa Melayu tidak pelik tapi unik.
Roti telur maknanya telur tu telur ayam. Bukanya telur itik atau telur ikan walaupun telur itik dan telur ikan pun telur juga.

Bila ada orang ajak kita makan nasi, tentulah termasuk lauk sekali. 
Takkanlan makan nasi sesaja. Jangan bimbang.

Lauk daging, maksudnya daging tu daging lembu bukannya daging rusa atau daging arnab walaupun daging rusa dan arnab pun daging juga.

Jadi ada perkataan atau istilah yang terus boleh difahami walaupun perkataan itu boleh membawa pelbagai makna kepada orang yang diluar lingkungan budaya penuturnya. 

Jadi adalah pelik kalau kita order roti telur, kita cakap "roti telur ayam" kepada pembuatnya.

Sama peliknya jika penjualnya tanya telur apa bila kita order roti telur.

Lainlah kalau dia nak bergurau. 

 p/s: Google pun tahu rupa roti telur bila kita Google. Hehe.

8 comments:

  1. Pandai pakcik google menghuraikan maksud bahasa melayu yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pandai .. entah siapalah cikgu yang mengajarnya dulu.

      Delete
  2. Masa saya kecil-kecil dahulu, sekiranya kita minta roti telur, akan dapat riti telur siap dengan bawang dan cili. Tetapi sekarang, apabila minta roti telur, akan dapat roti telur semata, tanpa bawang dan cili. kalau nak bawang dan cili, perlulah tambah bayarannya.. Huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bukan semua tempat rasanya .. baru-baru ini saya makan roti telur kat Kg Paya, Beseri, memang ada telur dan cili tanpa diminta.

      Delete
  3. Kenapa entah saya rasa pelik dengan tajuk entri ni.... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pelik memikirkan kenapa awak pelik ..

      Delete
  4. HHAHAHAHHAHAHAH..okeyy..sya sokongg...#sisterhibur baca entri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak besar nampak .. terima kasih atas sokongan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.