Monday, March 28, 2016

KALAU KELIRU DENGAN LONDON BRIDGE, SILA BACA SINI !


Siapa tahu nama jambatan ini?

Mesti ramai yang kata itu adalah London Bridge. Sebenarnya itu adalah Tower Bridge. Saya baru tahu rupanya London Bridge yang selama ini saya bayangkan sebenarnya adalah Tower Bridge.  Itu pun selepas diberitahu oleh pemandu pelancong semasa ikut pelayaran menyusuri Sungai Thames beberapa tahun lalu. Kalau tidak, saya pun macam ramai orang lain ingat Tower Bridge itu adalah London Bridge.

Di atas bot semasa menyusuri Sungai Thames. Gambar kitar semula.

Bukan kita orang Melayu atau orang Malaysia sahaja yang keliru, ramai orang lain termasuk Mat Salleh juga begitu. Kalau tak percaya, cuba Google London Bridge, maka kebanyakkan gambar yang keluar adalah Tower Bridge. 

Untuk lebih lanjut sila dapatkan maklumat tentang kedua-dua jambatan ini di Wikipedia.


Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai London Bridge.

Cetakan skrin dari Wikipedia mengenai Tower Bridge.

Gambar Tower Bridge di waktu malam. Gambar kitar semula.


Secara perbandingan rupa London Bridge dan Tower Bridge adalah seperti di bawah. Kan jauh bezanya tu !

 Sumber:  sini

Setelah mengetahui mengenai kedua-dua jambatan tersebut,  kadang-kadang ada juga saya menegur beberapa kawan saya di fesbuk yang terkeliru. Mana kawan yang merendah diri, terbuka kepada teguran dan tidak sombong, mereka akan mengakui kesilapan dan berterima kasih kerana memberi teguran.

Tapi ada juga kawan saya bila saya tegur, "itu bukan London Bridgelah .."

Dia jawab,

"whatever .. "

Kalau orang Negeri Sembilan dia jawab,

 "London Bridge ko Tower Bridge ko apo bezo ea .. duo-duo tak ado kek Nismilan"



Gambar Tower Bridge yang diabadikan pada sebuah cenderamata yang sempat saya beli dan masih baik dalam simpanan saya.

10 comments:

  1. Haah betul. Masa mula-mula sampai London dulu ingatkan yang cantik warna biru dan boleh terangkat tu london bridge rupanya tower bridge. Beriya-iya bagai posing kat tower bridge tu nasib baik member betulkan pemahaman saya mengenai tower bridge dengan london bridge. Sekali bila lalu london bridge lorrrr camni aje ke? Serupa jambatan biasa je. huhuhu nama ja gah siap ada nyanyian lagi. Saya tak mampu melayari cruise di thames river masa tu.... Boleh jeling sampai juling je orang naik cruise. Tapi dapat posing kat tower bridge pun dah seronok sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Nah tak terperanjat kalau ada yg silap faham. Mahal ke naik cruise tu ? Pak Ngah dulu naik ada orang sponsor. hehe.

      Delete
  2. Saya cuma kenal Victoria Bridge yang terletak kat kampung saya dan sekarang sudah jadi salah satu bahan sejarah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. malangnya saya pulak tak kenal Victoria Bridge ..

      Delete
  3. Baru jelas itu Tower Bridge sebab London Bridge kami dah jumpa ketika merayap tanpa arah dulu . Dan kami tertanya-tanya apakah itu . ..rupanya Tower Bridge .

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang tak biasa macam saya ni lagilah konfius ..

      Delete
  4. Saya pula memang tak tahu lansung..mujur uncle buat entri ni :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.