Sunday, April 16, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 2. LIHAT APA YANG SAYA MAKAN DI JEPUN.

Selanjutnya saya nak cerita pengalaman saya khusus mengenai tempat makan dan makanan pula. Mendapatkan makanan yang halal bagi saya bukanlah satu masalah besar di Jepun tertakluk kepada keinginan yang munasabah. Laju je saya makan makanannya, lebih-lebih lagi masa makan dalam keretapi laju. Tapi kalau nak cari sambal tumis petai atau sambal tempoyak, mungkinlah tak jumpa. Kalau tekak kita boleh terima makanan laut dan nasi lembut macam pulut, anda tidak akan kelaparan. Kalau tak tahu cakap Jepun pun tak jadi masalah, boleh tunjuk kepada replika makanan yang kita berkenan yang dibuat dari plastik yang diperagakan di luar kedai.

Berikut adalah gambar-gambar tempat makanan dan makanan yang saya jumpa dan makan semasa berada di Jepun. Saya dah lupa yang mana dulu dan mana kemudian, kecuali beberapa keping gambar.



Gambar 1: Hari pertama kita makan di restoran Ayam-Ya ini. Kata pemandu pelancong saya, restoran ini diasaskan oleh orang Melayu dari Malaysia. Malah ada pekerjanya terdiri dari orang Melayu dari Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh pergi ke laman fesbuknya.

 

Gambar 2: Kami bertiga makan mee seperti dalam gambar. Saya punya yang kurang pedas, yang kuahnya tak merah itu. Sedap.


Gambar 3: Saya makan tempura dan anak saya cuba mee. Saya cuba rasa sikit meenya. Kesimpulannya, tak boleh lawan mee goreng mamak kat Malaysia.


Gambar 4: Kadang-kadang bila sudah lewat balik ke rumah, kita beli bungkus je makanan macam dalam gambar ni untuk makan di rumah tumpangan.


Gambar 5: Teh tarik dalam tin. Beli kat vending machine, hangat lagi.


Gambar 6 : Yang ini teh tarik dalam botol plastik pulak. Beli kat vending machine juga, masih hangat lagi.


Gambar 7: Di mana-mana restoran atau kedai makan, akan ditunjukkan contoh atau replika makanan yang dibuat dari plastik diluar premisnya. Nampak macam betul-betul. Tunjuk sahaja mana berkenan, tak perlu kata apa-apa.

  
Gambar 8 : Di waktu pagi biasanya, isteri saya masak makanan yang dibawa dari Malaysia, misalnya nasi impit atau memanaskan makanan yang tak habis malam sebelumnya. Lihatlah betapa sempitnya laluan itu, bila berselisih mesti bergesel punggung.


Gambar 9: Kedai sebelah kanan jual nasi ayam dan sebelah kirinya jual kebab. Dua-duanya halal dan layanannya cukup mesra.
 

Gambar 10: Kita juga pernah beli bungkus kebab di sini untuk makan di rumah tumpangan. Amaun dagingnya memang cukup mewah. Terkial-kial saya hendak menghabiskannya.


Gambar 11.  Makan nasi ayam kat sini. Gerai terbuka dan ruang makan juga terhad. Punyalah banyak ketulan ayamnya, sampai saya tidak boleh habis. Yang malu-malu tu tukang masaknya, boleh cakap Melayu kerana pernah bekerja di Malaysia. Kalau perhati betul-betul kat gambar-gambar di belakang saya tu, boleh nampak gambar Zizan Raja Lawak yang pernah makan di sini. Gambar ini dan gambar 9 dan 10 di atas adalah kat area Ameyoko.


 Gambar 12: Kita makan tengahari dari kedai ini. Satu-satunya kedai mamak yang jual nasi briayani dan roti nan di bandar Kawaguchiko ini.  Kedatangan kita ke sini adalah untuk meninjau gunung Fuji. Tapi kita beli bungkus je dan makan kat wakaf tepi tasik Kawaguchiko yang sangat permai kerana ruang makan dalam restoran Alladin ini tersangatlah sempit.


Gambar 13: Sarapan yangv dibeli untuk dimakan dalam keretapi shinkansen (keretapi laju). Memang laju saya makan dan minum masa ini. Walaupun berada dalam keretapi laju, tapi ia sangat stabil, airnya sedikit pun tidak berkocak apalagi tertumpah.

 

Gambar 14: Hari terakhir kita makan tengahari di sini, salah sebuah restoran yang banyak rangkaiannya di Jepun.


Gambar 15: Ini salah satu contoh sup yang datang dengan set makanan yang kita order. Saya memang tidak boleh pergi dengan apa juga sup di sini.


Gambar 16: Selalunya kita makan nasi yang dibungkus begini yang banyak dijual di kedai 7E. Namanya orang sini panggil Onigiri. Lebih kurang 'nasi tumpang' yang banyak jual kat Kelantan. Saya suka lauk ikan tuna atau salmon. Makan satu pun dah terasa. Kalau dua, lagilah terasa. Yang ini sebenarnya gambar di meja makan saya  di Malaysia. Kami beli di kedai 7E kat airport Haneda sebelum balik ke Malaysia atas pesanan anak sulung saya. Cara membukanya pun kena pandai. Kalau tidak, lintang pukang jadinya. Silap-silap termakan plastik bungkusannya.


Gambar 17: Jangan silap faham, walaupun tulisannya Tosei tapi sayangnya bukan kedai jual tosei sebagaimana yang kita fahami.

Saya rasa saya sesuai dengan makanan Jepun kerana selama berada 7 hari di sana, saya tidak pernah sakit perut atau mengalamai masalah penghazaman. Semua makanannya hazam belaka saya makan. Malah ubat sakit perut, Pil 'CHI-KIT' Teck Aun sebanyak setengah dozen yang saya bawa dari Malaysia, alhamdulillah satu pun saya tak guna. Lain kali kalau saya pergi Jepun lagi, tak perlulah bawa beras atau mee maggi banyak-banyak. Buat berat beg je.

8 comments:

  1. Menarik cerita Pak Ngah melancong atau pengalaman bertugas di luar negara begini. Walau tak pernah sampai sana tapi gambar kenangan dan coreran ringkas itu menawan hati. Terima kasih! Pak Ngah apa khabar? Dah sihat kebah demam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. badan dah sehat, cuma suara masih belum pulih sepenuhnya .. masih suara rock. hihi.

      Delete
  2. skrg dh makin mudah nk cari makanan halal di jepun ye pak Ngah, sbb tu lah Pak Ngah tak sakit perut ke apa... sesuai je ngn perut kita... mudah kalau nk kemana2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah makan je makanan mereka, janji halal ..

      Delete
  3. Di tempat orang layan je dulu makanan dia. Cari pengalaman merasa makanan Jepun. Tapi sekarang dah banyak makanan halal kat Jepun tu. Rasanya kalau tak bawa bekal masih boleh ok lagi perjalanan di Jepun. Cuma selalunya 1 - 3 hari tu ok lagi tekak nanti kalau dah lama mula lah tekak nak sambal tumis lah asam pedas lah...hehehehe Tekak ni kadang mengada-ngada. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa bekal tu untuk tambahan je atau kegunaan masa emergency sebab bayaran utk makanan dah masuk dlm pakej.

      Delete
  4. Makchaq makann thai suka.. makanan Jepun... boleh la nak makan..
    tapi kalau orang tak semawa pun tak kecik hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bolehlah makan setakat seminggu dua, tapi lepas tu tetap nak cari masak lomak cili api jugak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.