Saturday, April 8, 2017

CERITA LAWATAN KE JEPUN # 1: KEMUDAHAN TEMPAT SOLAT.

Dari 30hb Mac hingga 6 April 2017 yang lalu,  saya dengan isteri, anak, cucu dan keluarga besan seramai 13 orang, dengan izin Allah dari segi kesihatan dan rezeki telah pergi melancong ke Jepun. Saya memang telah lama menyimpan hasrat hendak melawat negara matahari terbit ini. Setelah menyimpan angan-angan selama lebih 33 tahun, setelah badan tidak berapa kuat lagi,  barulah dapat peluang menjejakkan kaki buat kali ke dua.

Umumnya orang kita jika melancong ke luar negara bukan Islam, dua perkara iaitu tempat solat dan makanan halal pasti akan bermain dalam fikiran. Untuk entri kali ini, saya ingin ceritakan kemudahan tempat-tempat solat di Jepun sebagaimana yang saya alami.

 

Hari pertama:  Kami bersolat di sini.Cantik, bersih dan selesa tempatnya. Ruangan solatnya di tingkat atas. Tempat ini juga turut didirikan solat Jumaat.


Hari ke 2: Gala Yuzawa, kawasan pergunungan tempat orang main ski. Kami bersolat dalam bilik persalinan.


 Hari ke 3:  Solat kat surau outlet di Karuizawa. "Sepatu harap dilepas".


Pintu masuk kat surau outlet Karuizawa ini bekunci. Ada notis kepada yang nak guna supaya telefon nombor penjaga yang tertera. Selepas pemandu pelancung kami telefon, dalam dua tiga minit dia dah sampai. Ada borang tertentu harus diisi dengan maklumat bilangan, datang dari mana dan berapa lama ingin digunakan. Selesai solat ada dua orang petugas sudah sedia menunggu untuk membersihkannya.


 Hari ke 4. Kita solat di sebuah 'wakaf' di bandar Kawaguchiko untuk melihat Gunung Fuji. Kita solat menghadap tasik Kawaguchiko yang sangat cantik.


Hari ke5: Saya demam dan seluruh anggota lesu. Saya solat di di homestay sahaja. Ini pemandangan dari jendela homestay saya


Hari ke 6 dan terakhir: Cadangnya hari ini kita nak bersolat di surau seperti gambar nombor 1 di atas, tapi kerana kesuntukan masa, kami solat di satu kawasan lapang di bawah sebuah bangunan pusat membeli belah sahaja.

  video

Video tempat kami bersolat yang sempat saya ambil pada hari terkhir kami.


Kemudiannya kita solat di surau di lapangan terbang Haneda dalam perjalanan pulang ke tanah air. Suraunya sangat cantik, bersih dan khabarnya baru dibuka pada tahun lepas.

Pendek kata, tidak sulit untuk kita menunaikan perintah bersolat. Tempat sentiasa ada dan semua tempat sangat bersih.

Sesampainya di KLIA2, waktu subuh sudah masuk. Saya bergegas mencari surau. Rasanya hampir satu kilometer berjalan barulah saya berjumpa surau yang pertama berhampiran tempat menuntut bagasi. Ada anggota rombongan kami yang hampir luput waktu subuh baru sampai. Alangkah baiknya disediakan satu sudut untuk bersolat berhampiran tempat kita keluar dari kapalterbang. Sudahlah tu layout dalaman suraunya pula bersegi-segi, macam tidak dirancang lebih awal semasa arkitek menyediakan pelan tata atur lapangan terbang ini.  Setelah selesai solat dan berjalan keluar barulah saya nampak beberapa buah surau berhampiran pintu keluar lapangan terbang.


Surau tempat kami solat di KLIA2. Perhatikan dinding arah qiblat tu yang bersegi-segi.

Entri saya yang pertama tentang lawatan ke Jepun pada tahun 1984, ada di sini.


14 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumussalam. Beransur baik, cuma batuk yg belum reda.

      Delete
  2. Assalamualaikum Pak Ngah...wah, ke Jepun rupanya..tempat yang memang saya impikan..Insyaallah..akan sampai satu hari nanti...tengok gambar pak ngah tu...dah macam style uncle gedik posing pulak...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.Bukan uncle Gedik tapi uncle Gedek.
      Kalau nak pergi, time ni bagus boleh tengok salji dan sakura.

      Delete
    2. Gedik pon gedik lah... bunyi 'cool' juga... kah kah kah!

      Hai Yati...!

      ;)

      Delete
    3. kalau tukar jadi Gedik, tutuplah syarikat penghantaran nanti. hehe.

      Delete
    4. owhhh...sorry...typo la pulak...sori ek Uncle Gedek ...nasib Pak Ngah perasan...

      Delete
    5. tak apa ..uncle Gedek tak marah pun.

      Delete
  3. ptt la lama blog Pak Ngah senyap, rupanya jln2 ke negara matahari terbit tu yek...

    yelah kan Pak Ngah, dana pnh jgk terbaca kt paper, jepun skrg dh makin banyak terbuka tentang islam, makin banyak pusat2 islam di buka, pusat pelancongan yg banyak ciri2 utk muslim tlh dibuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. ramai org cakap, kalau org Jepun masuk Islam, mereka lebih baik dari org Arab atau org Melayu. Rasanya betul.

      Delete
  4. bersihnya tmpt solat kat jepun eh. baru tau...

    salam singgah sini pak ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan shj tempat solatnya bersih, tandas awamnya juga sangat bersih .. mcm baru pertama kali digunakan.

      Delete
  5. Alhamdulillah.... selepas 33 tahun tercapai hajat nak ke Jepun...

    Rasanya kalau depa Islam memang akan jadi terbaik sebab orang Jepun katanya orang paling jujur, amanah, bersih dan menghormati orang..

    p.s. Terima kasih tak terhingga.., baru balik dari Jepun tapi sanggup menghadiri undangan kenduri makchaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah dapat menantu .. kenduri yg sangat meriah. makanan semuanya sedap ..saya juga sempat makan cendol dan tapai daun getah .. mabeles.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.