Thursday, October 5, 2017

TERKENANG SEMASA DULU - 96 : INILAH WAJAH KELUARAN SULUNG BERITA PEJABAT SUPS.

Saya telah dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan untuk menerbitkan Berita Pejabat SUPS (Setiausaha Persekutuan Sarawak) untuk diedarkan kepada semua jabatan persekutuan di Sarawak. Tugas itu agak berat bagi saya kerana umur baru setahun jagung dalam perkhidmatan dan belum ada pengalaman membuat kerja sebegini. Ia berlaku pada tahun 1980 yang mana saya baru sahaja bekerja dengan kerajaan selama kira-kira 2 tahun sahaja.

Namun atas sokongan dan dorongan dari YM Tuan Syed Rosley bin Syed Abu Bakar Bakar, Setiausaha Persekutuan Sarawak (kini Allahyarham dan bergelar Dato') serta pegawai atasan dan anggota sidang pengarang yang lainnya,
alhamdulillah Berita Pejabat SUPS Bil. 1/1980 berjaya diterbitkan buat pertama kalinya

Berikut saya muatkan beberapa muka surat yang saya kira menarik untuk tatapan pembaca sekelian.



Gambar 1: Muka depan yang memuatkan maklumat mengerai Sidang Pengarang,Isi Kandungan dan Sepatah Dua Kata dari YM Tuan Syed Rosley bin Syed Abu Bakar Bakar, Setiausaha Persekutuan Sarawak.


Gambar 2: Ini karangan saya sebagai Ketua Pengarang. Bukan main pandai lagi menasihatkan orang !

 

Gambar 3:  Ini adalah carta organisasi pejabat SUPS tempat saya bertugas.


Gambar 4: Kita juga memasukan satau segmen belajar loghat Melayu Sarawak. Segmen ini menarik perhatian pegawai-pegawai dari Semenanjung.



Gambar 5: Pada tahun-tahun awal 80an, Bahasa Inggeris masih lagi banyak digunakan, kalau tidak dalam tulisan ia banyak dituturkan dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi atau perbincangan seharian. Bahkan saya masih lagi menerima surat-surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Di Dewan Undangan Negeri juga, ADUN  dibenarkan berbahas dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu saya memasukan satu segmen "Mari Belajar Bahasa Malaysia" untuk panduan mereka yang belum cekap berbahasa Inggeris.


Gambar 6: Saya juga diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi Kelab Urusetia Persekutuan Sarawak. Dalam gambar pertama itu ada gambar saya menyampaikan cenderahati kepada mantan pengerusi yang terpaksa melepas jawatan kerana dipanggil balik berkhidmat di Semenanjung.
 
Pengalaman menjadi ketua pengarang ini amat berguna kepada saya kemudiannya. Saya kurang pasti samada Berita ini masih lagi diterbitkan lagi sehingga sekarang oleh pejabat yang ada. Kalau ada, baguslah.

 

6 comments:

  1. Wah...panjang betul catatan Ketua Pengarang itu... :)

    Saya suka bab belajar Loghat Melayu Sarawak. Terasa dekat di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat orang muda tengah berkobar-kobar .. hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. mesin pengimbas dah rosak pulak .. sempat scan muka depan je.

      Delete
  3. Wah panjang berjela mukadimah tuan pengarang. Nampak ada tokoh mengarang. Belajar loghat bahasa melayu serawak bestlah. Baru tau kacak tu cantik... kacak gilak rupa-rupa gilak pun ada maksud bukan hanya sekadar gila kerana sakit jiwa. Bagus lah tuan pengarang... patut wujudkan lagi bahasa-bahasa yang ada yang jarang di dengarkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat tengah berkobar2 lagipun siapa yg ada kuasa nak potong .. hehe.

      budak2 sekarang kata cun giler .. adapun perkataan giler tu diambil dari penggunaan perkataan gilak itu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.