Thursday, October 19, 2017

SALAHKAH ORANG TUA MENGHADAP HENFON ?



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Masa dulu-dulu orang tua-tua atau orang dewasa bersosial dengan bertemu dan bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi. Lingkungannya terhad kepada kawan-kawan yang ada bersama pada masa itu. Sekarang di zaman ICT, medium kedai kopi itu telah diganti dengan henfon di mana capaiannya boleh sampai ke seluruh dunia. Macam-macam laman sembang tersedia dalam bentuk blog, forum, fesbuk, wasap, instagram, twitter dan seumpamanya yang boleh diakses melalui henfon.

Saya percaya ada juga orang yang memandang sinis bila melihat telatah orang-orang tua yang asyik menghadap henfon semasa tunggu bas, tunggu isteri shopping, tunggu cucu balik sekolah dsb.

Bagi saya tiada masalah asalkan jangan melampau batas misalnya berbalas wasap semasa dengar khutbah Jumaat! Saya sendiri sentiasa bawa henfon ke surau kalau ada ceramah atau kuliah ugama dengan tujuan mengambil nota. Nota-nota yang diambil boleh dicari semula dengan mudah dan pantas sekali. Ia juga boleh disalin untuk dipost di fesbuk atau wasap dan sebagainya.

Kalau mereka dikatakan membuang masa menghadap henfon, apa bezanya dengan orang dulu-dulu yang berborak atau main dam haji sekerat hari atau sekerat malam di kedai kopi?  Lagi pun henfon bukan bertujuan untuk bersembang sahaja.  Ada 1001 manfaat lain yang boleh diambil darinya. Antaranya yang saya gunakan hari-hari ialah membaca akhbar online. 

Jadi bila melihat orang tua tekun menghadap henfon, janganlah bersangka yang bukan-bukan kerana sangkaan itu sebenarnya melambangkan perangai diri sendiri. Entah-entah orang tua tu sedang bersembang dengan cucu-cucunya yang duduk berjauhan melalui wasap keluarga atau sedang menghafal surah-surah tertentu dalam al-Quran.

Berilah mereka peluang sebab masa mereka muda-muda dulu, henfon belum ada.



14 comments:

  1. bw sini setelah lama blog bersawang..

    x salah, malah perlu berbangga kerana gol senior x bermakna ketinggalan zaman, gol senior juga mampu seiring dalam segenap segi.. kita perlu manfaatkan kelebihan yang ada untuk faedah diri sendiri juga, x usah malu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memahami dan memberi semangat.

      Delete
  2. Yang muda akan tua juga jika panjang umurnya. Apa yang dipandang sinis sekarang mungkin akan menjadi satu ketagihan kemudian nanti buat mereka pula. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pandangan yg futuristik .. saya setuju.

      Delete
  3. Tak kiralah tua ke muda, berpada-padalah bila dengan handphone tu..don't be too addicted to gadgets..Pakngah boleh tak sehari tanpa handphone/internet? Saya InshaAllah boleh..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah tak boleh kerana henfon digunakan utk pelbagai tujuan. Antaranya:

      Antara kegunaan henfon:

      1. Ambil gambar.
      2. Tengok jam.
      3. Tengok kalendar.
      4. Baca surat khabar.
      5. Ambil nota.
      6. Tengok peta.
      7. Sebagai jam loceng.
      8. Mengoogle cari maklumat.
      9. Baca quran.
      10. Dengar bacaan al-Quran.
      11. Tempat simpan gambar.
      12. Peringatan apoinmen.
      13. Tengok waktu solat.
      14. Ambil video ceramah ugama.
      15. Urusan bank spt bayar bil, transfer duit dsb.

      Delete
    2. satu lagi tertinggal .. sebagai kalkulator.

      Delete
  4. setuju ngn pak ngah, zmn skrg ni mcm2 boleh dpt kt hp... mcm org muda jgk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknologi yg banyak manfaatnya tetapi harus hati2 dgn bahayanya .. ustaz kata fitnah akhir zaman.

      Delete
  5. Orang tua guna hp lebih baik dari anak2 bawah umur/remaja berhp.
    InsyaAllah dengan kematangan dan pengalaman orang tua hp menjadi benda bermanafaat. Yang oenting jangan keterlaluan.. sampai tak endahkan orang sekeliling kita yg perlukan perhatian, kawan isteri anak cucu..

    Tapi bila golongan muda guna hp pada makchaq lebih mengundang benda2 tak bermoral.. menjadi mudharat dan bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. saya cukup risau dengan anak-anak saya menggunakan henfon. cuma boleh nasihat sahajalah .. nak pantau memang sulit. kalau dia nak buat benda2 tak bermoral, guna henfon kawannya pun boleh.

      apasal Makchaq jadi 'unknown' sekarang ?

      Delete
  6. sebenarnya org muda takyah skeptikal sangat.

    kalau orang tua tak menyokong kedatangan teknologi untuk anak muda dulu-dulu, mgkin negara kita ni takde akses teknologi yang macam tu.

    sekurang-kurangnya orang tua juga yang menghantarkan sms / whatapps berupa peringatan untuk kita mengenal agama setiap hari. macam mak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandangan yg adil kpd golongan tua dan berterus terang kpd yg muda.

      Delete
  7. Kita guna kerana banyak manfaatnya walau pun mungkin berlainan selera dengan golongan muda.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.