Saya pun tak faham kenapa perlu gaduh2 atau bermasam muka. Pilihanraya hanyalah satu proses memilih calon/parti yang akan mentadbir negara, bukannya medan utk mencari musuh.
Siapa nak undi PH atas pertimbangan dia, undilah.
Siapa nak undi PAS atas keyakinan dia, teruskanlah.
Siapa nak undi BN atas kepercayaan dia, ikutlah.
Jangan kutuk, jangan cerca. Biarkan dia dengan pilihannya.
Hormati perbezaan. Bukankah kita amalkan demokrasi ?
Kawan tetap kawan. Kalau kita kenduri kendara, kawan kita yg datang jadi jemputan.
Kalau kita sakit pening, kawan kita yg datang ziarah. Kalau kita mati, kawan kita yg sembahyang jenazah.
Orang yg kita sokong dan menang belum tentu datang. Jadi jgn taksub atau fanatik pada calon/parti. Kita bukannya tahu agenda mereka. Entah2 lepas PRU nanti, calon yg kita puja2 itu bercomolot dengan seterunya. Lebih parah lagi kalau dia lompat parti dan masuk parti lawannya. Bukannya tak pernah terjadi sebelum ini.
Kita juga yg terpinga-pinga. Dia orang selamba je menukar kesetiaan dan persahabatan.

Jadi hargailah persahabatan. Adalah sangat tidak berbaloi kalau kerana pilihanraya kita kehilangan kawan.
Selamat mengundi.
ReplyDeleteMudah2an membuat pilihan yang tepat
alhamdulillah .. semuanya telah selamat .. tiada setitik darah pun jatuh ke bumi.
Deletepernah juga disuarakan pada suami saya dan rakan dia yang bergaduh sebab pemimpin yang mereka sukai.
ReplyDeletebagi saya, mereka berhak disokong secara setia. tapi tak pula kita boleh mencerca pihak yang lain tidak menyokong dia.
sekurang-kurangnya nego / tunjukkan akhlak yang baik barulah mungkin mereka pun akan menyokong kita juga.
wallahualam.
bila sudah taksub dan atau teruja, semuanya boleh terlupa.
DeleteSelamat mengundi...undilah dengan bijak. Tak perlu bergaduh semuanya. Ahli politik duduk semeja bergelak-ketawa, kita pulak nanti dengan kawan-kawan bermasam muka. Tak berbaloi hihi...
ReplyDelete