Gambar 1: Dalam keretapi Siam. Kipas angin kat belakang tu tak cukup kuat untuk menyamankan udara dalam koc yang tersangat panas.
Hidup ini penuh dengan perbandingan. Masa saya mula-mula naik ETS (kereta api laju Malaysia) dulu, saya rasa sangat selesa sehinggalah saya berpeluang naik Shinkansen (kereta api laju Jepun pada tahun lepas). Terasa ETS kita jauh sangat ketinggalan dari pelbagai sudut berbanding Shinkansen. Semalam (24/4/2018) saya berpeluang pula naik keretapi Siam dari Haadyai ke Padang Besar. Sungguh tidak selesa kerana tersangat panas seolah-olah duduk dalam sauna. Kebetulan masa keretapi bertolak waktu tengah hari. Perjalanan selama 40 minit terasa sangat lama, seolah-olah macam 4 jam.
Gambar 2: Dalam ETS. Terasa sangat nyaman dan selesa bila duduk dalam ETS walaupun kemudahan untuk solat masih kekurangan.
Kemudiannya setelah saya naik ETS semula di Padang Besar untuk balik ke Seremban, barulah saya sedar betapa nikmatnya naik keretapi Malaysia. Syukur alhamdulillah saya dan isteri selamat sampai ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Anak-anak dan cucu-cucu yang tinggal juga berada dalam keadaan selamat semuanya.
Alhamdulillah.
ReplyDeletejauh perjalanan banyak pengalaman
badan pun sakit-sakit bila dah balik ke rumah .. hehe.
Deletewalaupun kita masih jauh nk disamakan ngn keretapi laju jepun tp ttp terasa selesa, ylah Pak Ngah, jepun tu dh negara maju bertahun2... apa lah sgt tkt keretapi laju kan...
ReplyDeleteaduhla keretapi siam masih guna kipas gitu, klu yg tak tahan tu mau blh pengsan kepanasan tuh
Jepun bukan saja jauh ke depan dari segi kemudahan prasarananya tapi kesedaran sivik rakyatnya juga sangat baik.
DeleteJauh perjalanan luas pemandangan abih duit 😁😁😁
ReplyDeleteDah lama juga Mrs. A tak naik keretapi ataupun komuter semenjak dah tak kerja KL lgi rasanya.
tentang duit habis tu memang tepat sekali .. tapi itu adalah salah satu tujuannya kalau kita menyimpan duit .. untuk melihat negeri orang.
Deleteboleh la kita keluarkan statement,
ReplyDeletesyukur malaysia masih aman. semoga nikmat Allah dan rahmatNya semakin berlimpah ruah dengan rasa kesatuan dan bersatu padu.
betul statement itu .. kalau tidak takkan Malaysia jadi tumpuan jutaan orang dari luar datang mencari rezeki.
Delete