Friday, October 26, 2018

SEMUA ORANG CELAKA, KECUALI ...

Gambar hiasan hasil carian Google.

Semua orang celaka, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu celaka, kecuali yang beramal,
Semua orang beramal celaka, kecuali yang ikhlas.

Jadi kalau kita tidak mahu celaka, carilah ilmu secukupnya sebelum beramal. Kemudian beramallah dengan ikhlas semata-mata keranaNya. Hanya dengan amalan yang betul mengikut syariat dan ikhlas kerana Allah sahaja yang diterimaNya. 

Namun mereka yang ikhlas beramal pun belum tentu selamat jika mereka tidak menjaga lidah dan hati dari kata-kata dan perbuatan mengumpat, fitnah, ujub, riak, takabbur dan yang seumpamanya.

Allahua'lam.

6 comments:

  1. betul tu Pak Ngah... semua tu saling berkait...

    tp kan, terasa nengok gambar tu... sbb dulu pernah org kata dana mcm anak gajah... hahahha
    masa tu rasa down gila... tp skrg ni, gasakla hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn mudah terasa. Allah tidak pernah tersilap mencipta sesuatu.

      Delete
  2. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang celaka lagi mencilakakan... huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Marilah kita saling berpesan2 kpd kebaikan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.