Kerja sudah selesai. Mari kita pulang.
Semalam saya repair atap dan bumbung rumah. Bila hujan berlaku kebocoran. Tapi yang saya nak cerita sebenarnya tentang gelagat pekerja dengan taukehnya. Saya tertarik bila pekerjanya (orang Indonesia) menyuruh-arah taukehnya (orang tempatan) buat itu ini dan ambil itu ini. Taukehnya dengan rela dan patuh mengikut sahaja arahan pekerjanya itu. Contoh, "boss, tolong bagi saya spanar nombor 7 boss". Lalu taukeh yang dipanggil boss tadi bersegera pergi ke kereta mengambil dan menyerahkan benda yang diminta kepada pekerjanya. Ini suatu fenomena baru yang menarik bagi saya.
Moral cerita:
1. Yang penting bukan pangkat atau kedudukan tetapi kerja dapat disiapkan dengan segera dan memuaskan hati pelanggan.
2. Kadang-kadang ada pekerja yang lebih tahu dari boss dalam aspek-aspek tertentu dan boss juga tidak semestinya sentiasa betul.
Boss yang bagus akan sama2 kerja dengan kulinya
ReplyDeleteBetul tu .. tak rugi pun.
Delete