Thursday, September 2, 2021

SAJA CARI PENYAKIT.

Saya dapati ramai juga netizen yang membelasah atau mentertawakan  bahasa Inggeris Timbalan Menteri ini. Dalam pada itu, saya perhatikan Bahasa Melayu yang digunakan oleh para pengkritik tersebut juga huru hara dari sudut nahu dan ejaannya. 

Namun begitu dalam kes Timbalan Menteri ini, saya sedikit pun tidak bersimpati dengannya kerana dia sengaja cari penyakit.  Saya tidak nampak apa perlunya dia menyelitkan ungkapan Bahasa Inggeris dalam tulisan beliau itu. Alangkah bagusnya kalau ungkapan dalam Bahasa Inggeris tersebut digantikan, misalnya dengan seruan "ke gunung sama kita daki,  ke lurah sama kita turuni" atau yang seumpamanya.


~

7 comments:

  1. Cantik ungkapan yang Pak ngah ungkapkan yang sudah jarang kita temui. saya setuju dengan pendapat Pak Ngah

    ReplyDelete
  2. Saya ada perasan teguran tersebut.. Nak cakap lebih pun tak boleh, sebab bahasa Inggeris saya pun bukan baik mana pun.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isunya kegemaran sesetengah orang mencampur adukan bahasa tanpa ada keperluan.

      Delete
  3. Lebih buruk lagi kalau akhirnya nanti yang disalahkan ialah pegawai komunikasi, exco media, editor poster dan sebagainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerap kali mcm tulah, tapi personaliti ini nampaknya tidak buat sebarang respon (mungkin saya tak terjumpa).

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.