Tuesday, May 24, 2011

BAGAIMANA KITA MEMBAHASAKAN DIRI KITA ?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixVjiQXppzy9426F3j2fGF87Dk78frfjba1fJKrfM-EH9rQfU5CSMw0itB6QZUao0Br8GABIvPj5EN8AONmKXhUnacnjzZWvkmznRBxW834l4Yt1ysKz9ELJ7hZiQvaWfNEnLXyEJbnDU/s1600/prayvz7.jpg

Gambar sekadar hiasan hasil carian Google.


Untuk membahasakan diri, saya gunakan  macam-macam gantinama bergantung dengan siapa saya bercakap.

Kalau bercakap dengan arwah emak dulu, saya guna perkataan esey, dengan cikgu/ustaz - saya, dengan kawan-kawan dari NS - eden, dengan kawan-kawan bukan NS - gua aku, dengan raja - patik, dengan isteri - abang, dengan Barack Obama - ai.

Tapi lain orang, lain pulak gantinama yang di gunakan untuk bercakap misalnya dengan emak dia. Ada yang gunakan perkataan saya, kita, ambe, Kakngah dan sebagainya. Tak kurang juga menggunakan nama sendiri.

Tapi ada juga gantinama yang agak mengelirukan. Ada seorang ustaz itu membahasakan dirinya ustaz. Misalnya dia cakap, "kitab ini ustaz yang punya" bila dia beritahu orang kitab itu dia yang punya.  Nasib baik saya tak tanya "ustaz mana ?" .

 Begitu juga ada seorang Datin tu,  dia membahasakan dirinya Datin. "Datin lebih suka makan pizza dari makan nasi" bila dia beritahu makanan kegemarannya kepada orang lain. Pelik sikit bunyinya kan ? Seolah-olah macam dia merujuk kepada orang lain pulak.

Yang paling manja dan eksotik bila ada orang yang membahasakan dirinya "orang".  Misalnya kalau dia nak beritahu kereta yang di minatinya,  "Orang lebih suka Mercedes dari BMW". Kalau kita tidak biasa dengan dia, kita mungkin bertanya "orang mana pulak ni ?"

Bagaimana pula anda membahasakan diri anda ? Cer citer !

.

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR - TANAH TUMPAH DARAHKU.


Sebagai persediaan untuk menghadapi persaraan (memang tak ada kena mengena),
saya ingin turut serta segmen bloglist ABGTEROR seperti di atas. 
Untuk turut serta cuma jawab 4 soalan mudah sahaja.

SOALAN

1. Dimanakah anda dilahirkan?

Di sebuah rumah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

2. Dimanakah anda di besarkan?

Di merata tempat di Negeri Sembilan termasuk negeri Pahang dan juga KL.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror?

Negeri Sembilan (setelah mendapat perkenan orang rumah)

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut?

*adik beradik dan saudara mara ramai di sini.

* selesa dengan budaya, makanan dan juga percakapan.

* tak jauh dari KL, KLIA, PD dan Melaka.

* sekarang sudah menetap di NS - sejak 6 tahun lalu.


 Kepada sesiapa yang ingin turut serta, sila klik kat sini.