Nenek 129 tahun manusia tertua.
Umur saya sekarang sudah 56 tahun. Orang kata dah tua. Saya pun rasa begitu juga. Tapi bila tengok nenek seperti gambar di atas telah berusia 129 tahun, saya terus rasa muda. Bahkan rasa terlalu muda. Mana tidaknya, umur dia 73 tahun lebih tua dari saya. Kalaulah saya dapat hidup sampai 129 tahun, bermakna saya ada 73 tahun lagi untuk hidup.
Di masa tu Sharamli sudah pun berumur 93 tahun ... Tak jauhlah beza umur kita kan !
Tetapi bila membaca berita arwah Yanie (peserta program Mentor) meninggal pada usia 25 tahun dan di susuli dengan arwah Din Beramboi pada usia 43 tahun, saya segera sedar bahawa saya juga boleh di jemputNya pada bila-bila masa. Kalau nanti saya tidak membuat entri dalam seminggu dua tanpa apa-apa pesan sebelumnya, mungkin juga saya sudah mengikut jejak langkah mereka berdua.
Maka oleh hal yang demikian:
1. Kepada yang sudah berumur, jangan padamkan semangat untuk mencuba sesuatu yang baru. Jangan ada istilah sudah terlewat untuk memperbaiki diri, menuntut ilmu atau mencari rezeki dengan alasan "aku sudah tua, tak lama lagi nak mati ..!
2. Kepada yang masih muda (atau rasa masih muda) jangan ada istilah masih awal untuk membuat sesuatu kebaikan samada kepada keluarga, agama dan bangsa dengan alasan "aku muda lagi, lambat lagi nak mati ...!
Kesimpulannya, yang muda harus tanpa berlengah menyediakan bekalan untuk ke sana .. apa lagi yang tua, kerana Allah boleh memanggil kita pada bila-bila masa tak kira di usia berapa. Tiada siapa yang boleh menolaknya. Tidak akan tercepat walau sesaat dan tidak juga terlambat barang sesaat.
 |
| Tiada siapa menjangka dalam gelak ketawa kita melihat telatahnya menjadi juri rancangan Raja Lawak dan mendengar lakonannya dalam program "drama sebabak" di radio tiba-tiba dia telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah. |
p/s: Dan jangan ingat umur 56 tahun tu dah tua sangat tau !!!