Thursday, February 2, 2012

OH PENCURI, OH PENCURI, KENAPA ENGKAU CURI ?


Berita Harian - 31/1/2012.


oh pencuri oh pencuri, kenapa  engkau curi ?
macamana aku tak curi, tak ada orang jaga,
oh jaga oh jaga, kenapa engkau tak jaga ?
macamana aku nak jaga, mata aku mengantuk,
oh mata oh mata, mengapa engkau mengantuk?
macamana aku tak mengantuk, siang bawa teksi.

oh jaga oh jaga, mengapa engkau bawa teksi ?
macamana aku tak bawa teksi, gaji aku seciput.


p/s: berhubung dengan entri semalam tu, sahlah Makngahnya yang guna telefon saya untuk menelefon Makcik Leleh. Masa tu Makcik Leleh tengah sembahyang Zuhur. Dan selepas itu bila Makcik Leleh berjumpa Makngahnya, dia minta maaf sekali dari saya  lagi melalui Makngahnya. Lama-lama nanti lelah pula Makcik Leleh ni ..


Wednesday, February 1, 2012

PANGGILAN YANG MENGGANGGU TIDUR.

Sedang saya sedap-sedap tidur selepas sembahyang Zuhur tadi, saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yang tidak saya kenali. Dengan segera saya mencapainya dan  terus menjawab.

hello, siapa ni ?

bukan ke tadi awak yang call saya ?

tapi siapa yang memanggil ini ?

kenapa awak tanya pulak, bukan ke awak yang call saya dulu.

laaa ..  saya tak panggil, tapi mungkin juga isteri saya sebab tadi dia cakap kredit dia dah habis ..

owh .. siapa nama isteri awak ?

Jan. 

Ohhhhhhhh Jaaaaan .. ni makcik Leleh. Maafkan Makcik ya. Makcik nak cepat pergi rumah Puan M ni .. ada latihan berzanji.

Oh macam tu  ... Jan baru pergi. Jumpa dia nanti, Makcik tanyalah dia nak apa.

Baiklah. Maafkan makcik ye.

Tak apa makcik.

Lepas tu mata saya dah tak mahu tidur, maka lahirlah entri ini.


 
Nota kaki: Nama Makcik Leleh tu bukan nama sebenar. Harap makngah maklum.



WORDLESS WEDNESDAY 20: ANAK RAJA PUN PANDANG KAT LAIN.

.


.