Sunday, November 20, 2011

KALAU BOLEH, MASUK TELINGA KANAN JANGAN KELUAR TELINGA KIRI.

Sebenarnya saya sangat malas nak buat entri pada petang Ahad kerana kemungkinan besar tak ada orang yang akan baca. Tetapi bila baca berita  seperti keratan akhbar di bawah, darah saya menyirap. Untuk menenangkannya saya buat entri ini. Saya tidak kisah, ada orang baca ke tidak kerana saya cukup tidak redha dengan perlakuan lima peserta ratu cantik tersebut dan saya harus meluahkan rasa hati saya di sini.



Ustaz saya kata, mereka yang buat maksiat dan berbangga dengan maksiat, mesti dikenakan hukuman yang setimpal seperti yang ditetapkan. Kalau ada orang yang berzina di tempat awam kerana hendak menunjuk2 dan bermegah2 dengan perlakuannya, mereka patut dihukum mengikut hukum hudud samada direjam atau disebat mengikut taraf perkahwinannya.

Saya tidak tahu apakah hukumanyang patut dikenakan kepada lima perserta tersebut. Pada saya mereka terang-terangan telah mencabar wibawa JAIS. Mereka juga boleh dianggap bermegah2 dengan perlakuan mereka. Kalau tidak, masakan mereka masih mahu mengambil bahagian walaupun setelah diberikan kaunseling.

Mungkin  bidalan "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" tidak sesuai di gunakan di sini untuk mereka. Saya rasa lebih sesuai jika digunakan "masuk telinga kanan keluar telinga kanan juga".

Tidak adakah tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka ? Mengapa larangan berpolitik di universiti yang tidak memudaratkan ugama boleh pula dibuat undang-undang dan dikuatkuasakan dengan penuh dedikasi ?

Janganlah hanya bersemangat hendak meningkatkan KDNK atau ekonomi negara sahaja sedangkan dalam masa yang sama masalah moral rakyat terutamanya yang beragama Islam tidak ditangani dengan sebaiknya. Tidak ada maknanya kalau kita mencapai status negara maju hatta lebih maju dari USA misalnya, jikalau moral rakyat kita ikut runtuh. Saya khuatir, kalau tidak ada tindakan yang bersungguh-sungguh untuk membendung maksiat terang-terangan seperti itu dari sekarang, mungkin moral rakyat kita satu hari nanti akan kita lebih teruk lagi dari rakyat Amerika. Mohon dijauhkan Allah.





HIBURAN DI HARI MINGGU - TARIAN DI 42 BUAH NEGARA.

Saya terjumpa video ini kat YouTube. Maaflah kalau ada yang tak dapat nak tengok.

Saturday, November 19, 2011

SONYUM SOKOJAP 36 - KAU DATANG NAIK APA ?


Gambar hiasan ihsan Google.


Semalam saya jumpa seorang kawan se taman  kat tangga masjid Paroi, selepas Solat Jumaat. 

Hujan dah mula nak turun. Saya pun bertanya ..

kau datang naik motor ke naik kereta ?

Dia pun mengangguk sambil tersengih.

Sahlah dia tak faham soalan atau tak mendengar atau pun dia dah ... !

Saya pun berlalu pergi. Lebih baik saya layan mee rojak dan cendol Kharim dari melayan dia.