Tuesday, April 1, 2014

CERITA SEMINGGU DI PERLIS.

Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. 

Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit.

Kedua- kena belajar untuk faham loghat orang sini.

Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb.

Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya.


Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.


Gambar 2:  Rupanya Perlis ada gula sendiri.  Bertapis pulak tu ..


Gambar 3: Hari ke dua (Rabu) saya ke nat (pekan sehari) di Beseri. Banyak barang-barang yang eksotik yang tidak jumpa kat Seremban ada dijual di sini. Antaranya pekasam, kuih tepung bungkus dan pulut dakap.


Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli.


Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis.



Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang ..


Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah.


Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ...

Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang  keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah.



30 comments:

  1. Seronoknya Pak Ngah.. Negeri yang kecil, hidup pun aman jer kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. dan hubungan antara kaum pun terasa muhibbahnya.

      Delete
  2. Baru je nak komen tapi Pak Ngah dah buat ayat pertahankan diri last tu la pulakkk...

    Apa pun Perlis amat istimewa di hati saya. nanti pi la mengai (memancing) di Empangan Timah Tasoh. Kalau nak cari geng Pak saudara Aina memang kaki pancing dok di Hutan Lembah (errkkk...sila google map...ehehehe...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sudah ada dalam perancangan saya untuk memancing di empangan Timah Tasuh .. buat masa ini belum jumpa lagi teman yang boleh bawa saya ke sana.

      Delete
  3. Nyok mising? Heheh memulo baco ingat an ado org hilang pokok kelapo. Kelapo paghut kosan eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun kelapa parut .. itulah kejutan pertama slang orang sini yang harus segera saya fahami.

      Delete
  4. saya musykil dgn stetemen pada gambar no 6 tu. Macam mana pulak Tn Hj tau penunggang motor tu sedang memandang ke arah laut dan memerhati belangkas sedangkan orang yg shoot gambar ini berada jauhhhhhh di belakang. Heee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan musykil .. ceritanya bukan setakat itu sahaja. Saya diberitahu oleh kawan yang memancing dengan saya itu dan juga memerhatikan gelagat mereka dari masa ke masa yang meluru ke dalam air bila nampak riak belangkas.

      Delete
  5. Merujuk kepada gambar no 4 : adakah orang Perlis menyebut makuda bagi perkataan maksud? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok ai .. saya salah taip tu .. terima kasih menimbulkannya.

      Delete
  6. Bila anak2 cuti nanti dibawakla cucu tu keperlis dapat la atuk polok lopeh an ghindu..comel irish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. terasa lambatnya lagi cuti sekolah.

      Delete
  7. nasi lemah yg tersangatla murahnya....mana nak dapat 3 kupang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu sebelumnya kata kawan saya cuma 20 sen sahaja. ..

      Delete
  8. nasik lemak 30 sen tu, berbaloi tak?
    kalau dah kaki pancing, mesti gi mancing jugak kan..hihihih...
    uncle saja pi bercuti seminggu kat sana, atau ada kenduri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyang tak makan? Telanjang atau penuh nasi lemak tu?

      Delete
    2. DZ. Pindah sekejap nak rasa duduk negeri makngahnya ..

      Delete
    3. Tata. Makan dua baru kenyang .. separuh bogel. .hehe.

      Delete
  9. berjauhan ngan makngahnya tentu bila bertemu ... seperti baru bercinta dan berjumpa...

    ReplyDelete
  10. SEMOGA TERUS DAPAT MEMBIASAKAN DIRI DI NEGERI ORANG.. SAYA YAKIN PAKNGAH BOLEH.. LUAR NEGARA LAGI DAH BIASA, INIKAN PULA DI NEGARA SENDIRI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada masalah. Cuma tak jumpa lagi tempat mancing yg best.

      Delete
  11. Semoga tabah.

    P.S. Best ape sesekali amik udara negeri lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best .. cuma peringkat awal ni banyak benda yg belum biasa lagi.

      Delete
  12. Mudah2an AL dapat menyesuaikan diri berada di perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah mula rasa selesa . . Cuaca pun tak hangat mcm mola-mola sampai dulu.

      Delete
  13. Hidup tak jauh beda dengan aku yang di Jawa, mulailah merangkak harga naik, petaniku suka suka hasil panen melimpah, kian hari terasa cepetlah habis semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi ziarah blog saya tapi saya tak tahu nak jawab apa.

      Delete
  14. Pindah dalam Malaysia.. sat ja tu nak sesuai.. tambah dah banyak pengalaman dok merantau rata dunia... Aarau dah sampai.. ni turn Arau la pulak.. he he

    Makchaq suka Perlih, aman damai.. banyak lagi kawasan hijau...
    sesekali ke Kedah lajak jugak ke Perlih pi makan ikan keli kat Pokok Sawa/Anjung Keli & makan gulai itik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga Perlis. Serba serbi kecuali cuacanya agak panas sedikit berbanding Seremban. Tapi belah malam, nyaman sekali. Orang-orangnya tanpa mengira bangsa lebih berbudi bahasa. Kehidupan pun rasa santai sahaja .. tiada trafik jam yang paling nikmat.

      saya ada dengar restoran ikan keli tu tapi belum jumpa lagi setakat ini.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.