Saya sudah jadi orang kampung pada masa ini di rumah mertua saya kat Perlis. Bagi yang tidak tahu hujung pangkalnya, bolehlah rujuk kat entri ini kejap.
Beberapa hari lalu, saya menebang pokok kari yang sudah terlalu banyak pokok dedalu melekat di dahannya hinggakan bilangannya sudah menjadi majoriti. Sang kerengga pula turut tumpang membuat sarang dan menjadikan pokok ini tanah airnya.
Gambar 1: Pokok kari yang telah berjaya ditumbangkan. Kelihatan daun dedalu lebih banyak dari daun kari.
Gambar 2: Sarang kerengga terpaksa dibakar kerana ia telah dijadikan pengkalan untuk menyerang saya bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Peliknya dia pandai pula mencari tempat yang sensitif untuk diserang hingga menyebabkan saya mengelinjang kesakitan.
Gambar 3: Tapi saya kagum dengan keberanian dia. Walaupun dia hanya bersenjatakan kaki dan giginya sahaja, namun dia tetap menyerang dan mempertahankan rumah tangga dan anak-anak serta telurnya hingga meninggal dunia tanpa sedikit pun mengenal rasa takut.
Gambar 4: Inilah adalah sebahagian dari senjata saya yang tidak langsung ditakuti oleh kerengga-kerangga itu.
Moral cerita:
1. Kalau kita menumpang di rumah orang, jangan buat macam rumah sendiri.
2. Pertahankan tanah air, harta benda dan keluarga kita walaupun sampai ke titisan darah yang terakhir (dengan syarat kita bukan PATI)
Nota tambahan.
Anak bongsu saya, Haiqal sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan sekolahnya. Cuma yang dia bermasalah sikit adalah untuk bercakap dalam loghat orang sini. Saya sungguh gembira bila melihat dia dan kakaknya berkejar-kejar ke kereta saya kerana ingin berdahulu-dahuluan untuk duduk di hadapan. Sebaik menutup pintu, masing-masing berebut-rebut nak bercerita
Saya tidak nampak Haiqal tidak gembira tinggal di sini. Gambar dalam kereta semasa balik dari sekolah.
Macam suami Ummi jugak, asal balik kampung ja, tak kirala Melaka atau Kedah, gelaran Hang Kebun memang kena pada tempatnya... :)
ReplyDeleteBau daun kari dibakar. Sedap tak?
ReplyDeleteEntahlah .. cer awak try.
DeleteMEMANG SERONOK DUDUK KAT KAMPUNG.. ORANG KAMPUNG PUN KALAU DUDUK DI BANDAR, DIA MAHU BUAT BANDAR MACAM KAMPUNG.. :)
ReplyDeleteBetul .. rasa nak duduk sini terus.
DeleteSapa tak marah bila rumah kena ceroboh... tapi kena ketit kerengga sat ja sakit dia...
ReplyDeleteKalau musim hujan sat ja pokok kari tu bertunas balik nanti..
Anak2 pokok kari banyak tumbuh dari akarnya yang dah merayau jauh dari ibunya.
DeleteNak buat macam mana dialek nogori jumpa oraang Perlis habislah...:)
ReplyDeleteKalau namanya kampung mana2 pun best Pak Ngah, nyaman dan sesibuk dok Pekan. Paling syok barang2 kat sana terutama ikan memang murah dan fresh.
Paling gembira mesti Mak Ngah sebab tempat jatuh lagi dikenang...
Memang seronok sangat .. tapi bila teringatkan cucu2 yg duduk kat N9 dan KL, tetiba rasa sayu.
DeletePak Ngah, mengelinjang tu... menari2 terkinja sebab kesakitan eh? Ker?
ReplyDeleteSemua pun dah mula dapat sesuaikan diri kat sana, just a matter of time kan. Tapi loghat tu payah la sikit kan.
betui sangat maksud mengelinjang tu .. rasanya loghat tu dah terlambat .. lidah dah keraih.
Delete