Tuesday, March 25, 2014

SESUNGGUHNYA TEMPAT SUAMI ADALAH DI SISI ISTERI.

Mulai hari ini (25/3/2014), saya akan bersiaran dari Kampung Alor Sena, Kangar, Perlis. Saya akan berada di sini untuk suatu tempoh yang belum ditetapkan. Semuanya bergantung kepada keadaan dan ketentuan Allah swt jua.  

Ini adalah kampung tempat kelahiran Makngahnya. Dia telah balik lebih awal bersama dengan bapa mertua dan Ifa anak perempuan saya pada penghujung tahun lalu. Dia perlu balik terlebih dahulu kerana hendak menyelia  kerja-kerja pengubahsuaian rumah bapa mertua saya. Kami tambah satu bilik bawah untuk kemudahan bapa mertua saya yang sudah sangat uzur dan tidak larat lagi untuk menaikki tangga. Sebelum ini dia tinggal dengan kami di Seremban selama kira-kira 5 tahun.


Gambar 1:  Gambar keluarga lebih 10 tahun lalu semasa bapa mertua saya masih sihat dihadapan rumah yang saya maksudkan.

Mulai hari ini, saya harus membuat beberapa pengubahsuaian kepada rutin hidup saya selama ini. Saya tidak fikir itu akan menjadi masalah besar, kecuali kalau tiada tempat memancing di sini.

Apa-apa pun saya sangat gembira dan bahagia bila dapat bersama kembali dengan Makngahnya dan Ifa, anak perempuan bongsu saya yang menemani ibunya dan telah pun bersekolah di sini. Tentulah Haiqal juga, anak lelaki bongsu saya yang menemani saya di Seremban selama ini juga akan  gembira dapat bersama dengan ibunya semula tetapi dengan Ifa saya tidak pasti samada Iqal akan gembira atau tidak.


Gambar 2:  Nampak tak mandor berjubah hitam bercekak pinggang sedang menjalankan tugas menyelia kerja-kerja pengubahsuaian.


.


Gambar 3:  Bilik tambahan yang saya maksudkan sedang dalam pembinaan.
 

 

Gambar 4: Rupa rumah yang telah selesai dibuat sedikit penambahan dan ubahsuai.



Gambar 5: Inilah sekolah tempat anak-anak saya bersekolah.


Banyak sebenarnya pengalaman yang ingin saya ceritakan selama menjadi
 'bapa tunggal' untuk beberapa bulan,  tapi biarlah saya simpan sendiri. Cuma saya harus menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik beradik dan saudara mara saya serta sahabat handai yang kerap bertanya khabar, menghantar lauk dan kueh untuk saya dan Haiqal dan juga membelanja saya makan di luar. Budi baik anda semua tidak akan saya lupakan sampai ke akhir hayat.

Kesimpulannya apa yang ingin katakan bahawa sesungguhnya tempat suami adalah di sisi isteri.



36 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Selamat balik kampung ya pakngah...jangan lupa catatkan kat blog ya.

    PsssT: kalo gitu rupa mandurnya, memang cepat siaplah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Kalau ada cerita menarik, insya-Allah akan dicatatkan.

      Delete
  2. wow, jauhnye ke perlis...

    ReplyDelete
  3. salam pakcik.. lama tak melawat blog pakcik ni. semoga sihat hendaknya ya..

    ReplyDelete
  4. Pak Ngah kat mana ada air kat situ ada ikan tapi sawah skrg ni tengah kering jadi kat sawah tak de ikan. Aina doakan agar semuanya akan kembali seperti biasa, Pak Ngah dan Mak Ngah tak perlu berjauhan lagi. Jangan cari pasal diusia sebegini ye Pak Ngah...ini adalah pesanan ikhlas dari saya...larikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Pakngah tak ada niat nak cari pasal. Tapi kalau pasal cari Pakngah camano ? Heh

      Delete
  5. Bila dah jauh baru kita tau kan betapa berharganya pasangan, have fun in Perlis Pakngah, best la duk kampung, merasa jugak anak2 pakngah suasana kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejutan pertama adalah .. panaih sampai ke petang.

      Delete
  6. ooo..jadi org perlis dah la pakngah eh..selamat menjadi orang utagha..saya pulak dah merantau jadi org pantai timur..hehehe..

    amboi makngah..hehe..kelako tgk gmbr makngah cekak pinggang tu..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangnya jadi org Perlis tu bukanlah tuk selama2nya. Insyaallah.

      Delete
  7. Pak Ngah, macam tak kena je. Bukan ke tempat isteri adalah di sisi suaminya?

    Tapi, mesti pak ngah syok jadi 'bapa tunggal' buat sementara waktu, kan? Banyak betul 'bantuan' yang orang lain hulurkan... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit pun tak syok .. huru hara dan tunggang langgang hidup saya dan juga keadaan rumah.

      Delete
  8. alhamdulillah..akhirnya rumah disini bersih dan tak jadi tongkang pecah lagi....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 Ayong tolong uruskan rumah kita ..

      Delete
  9. assalam AL..nak pindah terus dok kampung Perlis ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Tak ada cadang tapi apa2 pun boleh berlaku.

      Delete
  10. Tersentuh hati saya bila Pak Ngah tulis macam tu. Betul tu Pak Ngah, dan tempat isteri juga adalah di sisi suami nya. Saling melengkapi dan menyayangi satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah kesian kat Haiqal yg masih lagi mahu berdampingan dgn ibunya.

      Delete
  11. terharu saya baca entri ini, Pakngah. byk yang bermain di fikiran saya. namun, saya berdoa segala hasrat murni pakngah dan makngah dipermudahkanNYA.. amin3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa itu ...
      Pakngah pun terharu komen awak.

      Delete
  12. salam. kalau pindah ke perlis, umah di NS ni sape yg nak duduk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Saya minta anak saya yg duduk berdekatan menengoknya ...

      Delete
  13. JADI ORANG PERLIS LE..

    OK LE TU..

    ReplyDelete
  14. Oohhh..ok...ok..baru saya faham..:)

    ReplyDelete
  15. Welcome to Perlis Pak Ngah. Hehehe... Ayah saya juga orang Batu Kikir (jembatan bosi) yang cari rezeki di Perlis. Kalau nak cari kawan baru, boleh la ronda-ronda di Arked MARA Kangar. Ayah saya nama Md Aris kerja di Etika Ukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nor. Pakngah dah pergi pej ayah awak. Dia tak ada tapi Pakngah dah call dia. Insya-allah akan ada pertemuan selepas ini.

      Delete
  16. Assalamu Alaikum Hamzah,
    Isyyh....lama tak singgah......masih cergas nampaknya yer..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Tak secergas macam dulu-dulu ..

      ish .. siapalah agaknya ancondash ini ?

      Delete
  17. As salam Uncle )))))))

    Lama yun tak jenguk sini...
    Tadi baca entri2 terbaru Uncle
    Aikkk...terkujat tgok Uncle pindah Perelih
    Cari puncanya maka jumpalah n3 ni...hehehe
    Umah kat somban sapo duduk?
    Syok noh dok kampung...
    nak makan buboq ada nyok mising... ;P
    Semoga Uncle sefamili sihat2 blaka.
    Jaga diri baik2 kat tempat orang yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      Terima kasih kerana Yun masih ingatkan uncle dan sudi jenguk.
      Rumah kat Seremban tak ada siapa duduk. Anak2 yang 3 orang lagi tu bertemu sekala di situ.
      Duduk sini rasanya bertambah sihat sebab hari-hari keluaq peluh.
      Insyallah uncle akan cuba jagi diri di sini. terima kasih atas ingatan.

      Delete
  18. Saya sedih kalau dengar ayat tempat isteri di sisi suami. Semoga urusan perpindahan saya dipermudahkan. Saya nak anak saya membesar di samping ayahnya disisi. InshaAllah

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.