Saturday, March 15, 2014

KEMUNCULAN SHARAMLI SI GADIS SUNTI.

Sejak akhir-akhir ini saya sudah malas berblog. Ramai kenalan yang telah mengundur diri. Salah seorang ialah gadis manis bernama Sharamli. Kali terakhir dia membuat entri ialah kira-kira setahun yang lalu.

Tadi saya semak dashboard, tengok ada komen dia yang terperangkap.  Antara lain katanya "uncle tak pernah tak rajin nak update kan".



Komen yang tidak disangka-sangka dari Sharamli

Sebenarnya uncle sudah tidak lagi rajin nak update tapi tidak pula berhasrat untuk bersara terus kerana nampaknya blog uncle secara puratanya mendapat 500 kunjungan setiap hari. 

Bagi saya sebagai seorang blogger bukan sepenuh masa ini, jumlah itu adalah besar.  Bahkan ada dua entri saya telah mendapat lebih 10 ribu pageviews, mengatasi semua entri yang lain. Yang menghairan dan menggembirakan saya ialah kedua-dua entri tersebut berkaitan dengan pantun kerana selama ini saya mengandaikan bahawa entri berkaitan pantun (atau puisi) tidak akan dibaca ramai orang. Rupanya anggapan saya meleset sama sekali.


Entri bertajuk Pantun Lawak Ori mendapat 11,571 pageviews.



Entri bertajuk "Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun" mendapat 14,413 pageviews.
 

Di samping itu saya juga menerima mesej dari Sdr Jasri Samad minta kebenaran untuk mencetak pantun saya dari page "Pantun Lawak Ori" mungkin di atas cawan atau baju 't' dll seperti di bawah.


Hati siapa yang tak kembang bila karya kita dihargai orang walau tidak mendapat apa-apa imbalan kewangan. 

Terima kasih Sharamli kerana sudi berkunjung ke blog uncle dan komen awak menyebabkan uncle membuat entri ini. Seperti biasa komen awak seronok di baca.


p/s: kenapa awak masih tak kawen lagi sampai sekarang ?
 

14 comments:

  1. kesibukan dengan kerja hakiki menyebabkan blog jarang berupdate...takpe la sekurang2nya masih menjenguk blogkan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenguk pun kengkadang mcm lepas batuk di tangga jer.

      Delete
  2. BARU-BARU NI SAYA ADA BUAT ENTRI BERKAITAN PANTUN JUGAK.. HARAPNYA DAPAT JADI TOP ENTRI.. :)

    ReplyDelete
  3. Syabas. Wpun Pakngah adalah blogger underdog... tapi entri sentiasa hebat dan mendapat sambutan. Ribu ribu pageview tu adalah awesome. Saya pun dah malas gak nak update sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ini ibarat gasing, cuma menanti masa sahaja untuk berhenti berpusing ..

      Delete
  4. hahaaa... saling berbalas `ps' pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn salahkan .. dia yg mulakan dulu. Hehe.

      Delete
  5. Saya cuma nak tanya kenapa soalan paling bawah tu kecik sangat...ehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk bacaan orang yg berminat shj. Hehe.

      Delete
  6. Replies
    1. Lepaslah duit beli mancis api .. hehe.

      Delete
  7. Nampak tak?
    Punya la jarang bukak blog, hari ni baru baca entri uncle ni. Hehehe.

    p/s: Doakan cepat sampai jodoh ye uncle. Teringin jugak nak kawen macam kengkawan yanh lain. Ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak .. dan nampak tak dan dua hari awak komen baru hari ni uncle baca. hehe.
      Tentang kawin tu, serahkan kepada Allah yang menentukannya dan kita hanya berdoa meminta yang terbaik.

      Uncle doakan awak segera bertemu jodoh yang baik.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.