Monday, June 10, 2013

PANTUN LAWAK ORI.

Lanjutan daripada entri saya dua hari lepas tentang kegiatan cetak rompak @ menciplak @ memplagiat pantun-pantun saya oleh pemilik page "Pantun Lawak", saya ingin tunjukkan beberapa contoh pantun yang dimaksudkan sebagai buktinya. Nasib baik saya sempat buat beberapa cetakan skrin sebelum saya dihalang dari memasuki page tersebut. Pada masa ini saya tidak pasti samada page itu masih wujud atau tidak. 

Tapi sebelum itu saya nak tunjukkan 'header' page yang baru saya wujudkan seperti di bawah. Saya fikir daripada orang mencuri dan menerbitkan pantun-pantun saya, lebih baik saya buat page sendiri supaya mereka yang like page penciplak berkenaan lambat laun akhirnya akan tahu siapa pencipta pantun-pantun yang mereka like itu.


Kalau anda suka page saya ini, silalah klik kat sini.


Berikut adalah beberapa rangkap pantun saya dan pantun dia dan perhatikanlah persamaannya.

1:  PANTUN SAYA


 
PANTUN DIA.


Saya sempat tanya dia "asal ?",  tapi pertanyaan saya ini telah dipadamkan  dan kemudiannya saya telah diblock dari memasuki pagenya.

...............................................................................................................

2: PANTUN SAYA



PANTUN DIA.


Ambil pantun saya.Kemudian cari gambar dan letak. Siap. Mudah kan ?
...................................................................................................................................

3: PANTUN SAYA.




PANTUN DIA.


Yang ini dicedoknya 2 dari 3 rangkap pantun saya.
............................................................................................................................................

4: PANTUN SAYA.



PANTUN DIA.




Dia suka letak gambar kucing. Tepatlah tu. Kan ke kucing suka curi ikan !

.......................................................................................................................................

5: PANTUN SAYA.




PANTUN DIA.



   .........................................................................................................................................

6: PANTUN SAYA.



 PANTUN DIA.


...........................................................................................................................

7: PANTUN SAYA



PANTUN DIA.


....................................................................................................................................

8: PANTUN SAYA.



PANTUN DIA.


...................................................................................................................................

9: PANTUN SAYA


PANTUN DIA


...........................................................................................................................

10: PANTUN SAYA


PANTUN DIA.



Dengan begitu banyak bukti seperti yang saya berikan di atas, saya yakin memang dia telah menciplak pantun saya. Adakah anda fikir ia suatu kebetulan kalau pantun saya dengan pantun dia sama ?

40 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Satu atau dua, mungkin kebetulan...dah banyak-banyak, jadi tak betul dah tu, pakngah.

    Mmmmmm apa kata pakngah bukukan @ terbitkan dengan DBP ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga cadangan itu .. minta-minta adalah orang DBP yang baca page tersebut.

      Delete
  2. Takde maknanya kebetulan..... Memang disengajakan tu.

    ReplyDelete
  3. eh...

    da boleh komen la...

    habis ape tindakan Pak Ngah sekarang ni?

    *haha, terus tanye direct :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu lagi buat tindakan .. nampaknya page itu sudah ditutup. awak boleh semak di link berikut:

      https://www.facebook.com/pantunlawak‎

      Delete
  4. Ya Allah sangat kurang ajar itu orang. Sah-sah dia copy paste pantun Pakngah, at least letak la sumber mana dia dapat kan. Pantun ni... patut lebih sopan santun menghargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia langsung tak ada sopan santun .. nama je minat pantun !

      Delete
  5. Kalau dia minta, tak mengapalah juga. Tapi terang-terangan ambil hak orang, memang tindakan yang sangat2 tidak wajar dan berdosa hukumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia minta, saya dengan senang hati akan beri .. rupanya sudah bertahun dia buat kerja yang tidak beretika ini.

      Delete
  6. Tuan,

    Saya pun sedang mengalami masalah hakcipta ni. Tapi hakcpita saya ialah lukisan. Lepastu bila email kepada tuan empunya blog (banyak blog)dan empunya page, ada yang ok, tak kurang juga yang mengamuk - katanya dapat pahala share.

    Owh, dia share di page menjual barang hasil usaha saya takpe pulak. Manusia memang macam-macam tuan. Sudahnya mana-mana page di Facebook yang tak minta izin untuk publish lukisan saya tu, saya report je kat Facebook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu macamana caranya nak report .. kalau tidak menyusahkan, boleh beritahu macaman caranya ?

      Delete
    2. masa saya report saya punya gambar tu, saya click di gambar dan ada tab option - report this photo. akan keluar options seterusnya. mungkin tuan boleh lakukan yang sama pada page tersebut.

      dalam report tu jugak perlu nama/url group/pelaku tersebut. sebab sekarang saya guna mobile phone jadi payah sikit nak report2 ni. dan group yang tuan nyatakan tu pun dah jadi closed group. mungkin boleh mintak tolong mana-maan hacker yang menjadi pembaca setia blog tuan ni untuk bantu.

      lepas report nanti pihak facebook akan hantar notification pada email tuan. dan akan ada laporan sekiranya pihak berkenaan dan delete entry tersebut atau belum.

      itu sedikit sebanyak yang saya boleh bantu :)

      Delete
    3. terima kasih banyak-banyak .. tapi masalahnya saya sudah kena ban, tak boleh masuk page tersebut. nak kena minta tolong dengan kengkawan ni.

      Delete
  7. Kepada semua folower blog Pak ngah... boleh ambil tindakan untuk report page facebook tersebut. caranya adalah dengan

    klik button yang macam star (*) atau yang nampak macam kemudi kapal pun ada ... biasanya terletak diatas tepi button "like" dan button 'Message".
    lepas tekan button star tu akan keluar list macam-macam...
    ambil atau tekan pada "report page".
    lepas tu keluarlah apa benda yang kita nak reportkan...
    kalau ramai yang report.... pihak FB sendiri akan deletekan page tersebut. tapi saya tak pasti pulak beramai ramai dia nak untuk report sesuatu page... tapi tak pe... sekurangnya dah berusaha...

    saya ambil contoh ini yang berlaku kepada Ust Don Daniyal yang mempunyai beberapa FB tak ori.... dari pada 5 FB non ori... sekarang tinggal 1 sahaja yang masih tak beretika....

    so mungkin pak ngah pun boleh ikut macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat report tapi bila nak submit tak boleh sebab dia minta 'electronic signature' .. saya tak tahu nak buat.

      nampaknya kena minta kawan-kawan masuk page tu dan minta dia hentikan kerja kejinyan. saya sendiri sudah tidak boleh masuk.

      alamat page itu adalah ..

      https://www.facebook.com/pantunlawak

      Delete
  8. BUKAN SEDIKIT DIAMBILNNYA.. BANYAK JUGA PANTUN PAKNGAH YANG DICIPLAKNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fasal tulah saya sangat sakit hati .. dia cedok bulat2. kalau dia ubahsuai sikit2, kira boleh maaflah.

      Delete
  9. Electronic signature tu tulis nama sebenar je pun tuan, should be no problem. Saya dah report n they have removed the picture. :)

    ReplyDelete
  10. syabas pak ngah..


    pada kengkawan blogger.. sila lah share entry ni supaya orang2 yang suka sangat amik jalan mudah ni dapat pengajaran...

    ReplyDelete
  11. isk..isk.. sangat x beretika..dah la ciplak, ban lagi tuan punya pantun. nampak sangat salahnya kan..? cikda hanya boleh tolong report la cam usul di atas2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah .. kalau dia minta maaf, sejuk juga hati saya sikit.

      Delete
  12. Haih!!! Macam ni pun ada.. Memang penciplak tegar ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik saya terjumpa .. kalau tidak bermaharajalelalah dia buat kerja.

      Delete
  13. ni dah bkn ciplak lagi nih . Pemilik fb nih mmg jadikan blog pak ngah sebagai sumber utama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah jadi pembekal dan dia jadi pemborong .. hehe,

      Delete
  14. Kena belajar Sivik lagi penciplak ni!

    ReplyDelete
  15. amboihhh....kotnye pun nak mengambil...mintak le kebenaran dulu...tak pun bagi kredit dekat tuan empunya pantun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia minta kebenaran, pasti saya beri kebenaran dengan syarat dia nyatakan sumbernya.

      Delete
  16. Ishhkkk...kalau saya malu la Pak Ngah. Terang2 copy pas tu bila tanya tak nak ngaku pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak rasa malu, sebab identitinya tak dikenali .. macam orang buang air tepi jalan yang menutup muka. hehe.

      Delete
  17. Salam Pakcik,

    Apalah perasaan owner page tu ye? Ke takde perasaan? Mcm ne pakcik boleh jmpe page dia? Mmm...sepandai-pandai tupai melompat, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Pakcik terjumpa bila pakcik mengugel 'pantun lawak' .. tak sangka pulak terjumpa pantun sendiri. bukan satu tapi berpuluh2 kat page dia.

      Delete
  18. Sungguh x beretika!


    Assalamualaikum Uncle.. :)

    ReplyDelete
  19. Saya sokong dan prihatin dgn masalah tuan, mmg melampaui batas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda ..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.