Friday, June 14, 2013

PERNAHKAH ANDA KENA HUKUM WALAUPUN BUKAN ANDA YANG BUAT ?




Gambar hiasan hasil carian Google yang mungkin ada kena mengena.

Dalam hidup ini kadang-kadang kita menerima nasib tidak baik. Orang lain yang buat salah tapi kita yang dipersalahkan dan kadang-kadang terpaksa menerima hukuman. Ia berlaku mungkin kerana orang salah sangka, buruk sangka atau salah tafsir terhadap kita.

Memang ia amat menyedihkan bilamana orang tidak percayakan kata-kata kita lagi. Walaupun sampai keluar urat leher kita menerangkan situasi yang sebenar, tapi orang masih tidak mahu percaya dan tetap memandang serong kepada kita. Bahkan ada sesetengah kes, sampai sumpah junjung Quran pun  orang masih tak mahu percaya. Dan lebih menyedihkan lagi kalau keluarga kita atau kawan baik kita turut tidak percaya dan menyalahkan kita.

Saya pernah mengalaminya. Tetapi saya tidak mahu cerita di sini kerana ia melibatkan orang yang masih hidup dan saya khuatir dia membaca entri ini. Nanti dikatanya saya nak mengadu pada seluruh dunia pulak. Lagi sakit hati saya.

Adakah anda pernah mengalaminya ? Dan kalau tidak berhalangan, mungkin boleh dikongsikan di sini.


19 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Selalu kena pakngah. Tapi yang paling hebat, saya pernah kehilangan semua orang dlm hidup ni termasuk ayah bonda hanya sebab fitnah dan cerita tak betul.

    Akhirnya Allah makbulkan juga doa saya "tunjukkan kebenaran" kepada keluarga, Alhamdulillah. Sangat besar maknanya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      memang tertekan kan ? tapi alhamdulillah akhirnya kebenaran muncul juga.

      Delete
  2. pernah juga mengalami situasi yg sama ... sukar utk diterangkan sebab ditelan mati emak dan diluah mati bapak . Akhirnya diri sendiri juga yang merana sebab orang yg amat diharap memahami apa yg dirasa sukar menerima kenyataan saya berada dipihak yang benar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa .. lama-lama kebenaran akan muncul juga .. kalau tak di dunia ini, di dunia sana.

      Delete
  3. Pernah mengalaminya, tetapi kini dah malas nak menegakkan kebenaran. Sebab tiada siapa yang akan percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa geram, terkilan dan hiba bercampur baur kan ?

      Delete
  4. PERNAH MERASAINYA.. TAPI SAYA RILEKS SAJA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun relaks juga .. cuma rasa terkilan sikit.

      Delete
  5. Salam Pakcik,

    Sy tatau pnh kena ke tak (walhal sy mls nak igt dah).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Macamana Pakcik nak lupakan, sebab baru berlaku seminggu dua yang lalu.

      Delete
  6. Rasanay tk pernah, ke sebab dah lupa???ermm..

    Biasannya saya dihukum sebab mmg salah saya..huhu

    Contohnya mandi sungai smpai petang tak balik bersama abang..
    dan akhirnya hukuman adalah kena libas dgn rotan (sakittttttttttt)..
    Eh, tapi abang yg ajak mandi sungai tu, jadi kira saya tak salah lah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah kena rotan dengan emak sebab ikut kawan-kawan mandi sungai. Memang salah saya sebab kawan-kawan tak paksa pun ikut mereka.

      Delete
  7. Salam uncle
    Saya pernah alaminya. Sakit hati mmg tak boleh nak tahan. Sebak sgt rasa hati ni. Akhirnya bila kebenaran muncul baru yg menghukum sedar dia silap hukum. Tapi hati saya dah tawar nak sayang pendidik yg jenis pilih kasih camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Kita serupa .. uncle pun dah tawar hati kepada dia.

      Delete
  8. saya juga pernah melaluinya . akhirnya masa telah menjelaskan segalanya . Bila kita tak bersalah , kebenaran terlihat jua ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu kebenaran akan terlihat juga akhirnya tapi dalam pada itu hati tetap juga pedih dan hiba menanggungnya ..

      Delete
  9. Rileks jer Pakngah,

    tu la kan kadang2 kalau pihak tu dah decide awal2 sebelum even usul periksa, mmg takleh buat apa la kan, doa pada Allah jer yang mampu. Just leave and let it be, Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. orang putih kata, sudah ada 'preconceived ideas' .. ini yang susah.

      Delete
  10. Kadang-kadang bila hukum dah jatuh, tiada apa lagi yang boleh diperbetulkan... Total damage.... maruah dah tercalar, nama dah busuk, kepercayaan orang dah hilang... Mungkin ada yang lebih teruk lagi hilang punca pendapatan, keluarga berpecah belah, dan kesannya adalah bergenerasi... yang dijatuhkan hukum terpaksa belajar untuk hidup dalam keadaan begitu sampai mati...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.