Monday, June 24, 2013

ANAK PAKAI KASUT NIKE, AYAH PAKAI KASUT FUNG KEONG.

 Selamat menyambut Nisfu Sha'ban dan berpuasa bagi yang berpuasa.




  Siapa pernah pakai kasut jenama ini ?

Hari ini saya nak cerita sikit tentang anak-anak. Bagi mereka yang sudah punya anak yang ramai, tentu arif tentang perangai atau sifat setiap anak masing-masing. Walaupun beribu-bapakan orang yang sama dan menerima asuhan yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama namun perangai mereka tidak sama.  Saya ambil contoh tentang perangai mereka dalam meminta atau diberikan sesuatu.

1. Spesis angin lalu.

Dia minta sekali sahaja. Kalau kita kata 'tak boleh' dia kata 'ok' dan kemudian tidak akan meminta lagi. Kita kena fikir dulu sebelum memberi keputusan setuju atau tidak setuju kerana dia tidak akan meminta benda yang sama sebanyak dua kali.

2. Spesis ombak di pantai.

Dia akan minta berkali-kali. Anak yang ini kita tak payah risau nak kata tidak sebab dia akan meminta berulangkali atau merengek sehingga hajat dia tercapai. Kadang-kadang kita kata 'boleh' bukan sebab setuju sangat tapi malas nak dengar rengekan (baca - harassment) dia. Spesis ini biasanya mementingkan jenama. Kalau kasut misalnya, dia tak main kasut Bata, paling koman pun Nike walhal ayah dia dulu pakai kasut Fung Keong je.

3.  Spesis  bendul. 

Dia tak pandai dan tak pernah minta untuk dibelikan apa-apa. Apa yang kita beli atau beri itulah yang dipakai atau dimakannya. Kalau kita beri henfon yang harganya RM48 misalnya, henfon itulah yang digunakannya dan tak segan pun menayangkan kepada kengkawannya.
 
4.  Spesis wali.

Dia tak mahu dibelikan apa-apa, kalau yang lama masih elok. Kadang-kadang kita kesian tengok dia, misalnya memakai seluar yang itu itu juga. Bila kita nak belikan seluar yang baru, dia tak mahu. "Seluar ini elok lagilah ayah" katanya.

Begitulah serba sedikit perangai anak-anak saya. Mungkin anda yang sudah punya anak-anak,  ada yang berperangai begitu. Bagi yang belum berkahwin atau belum ada anak pulak, agak-agaknya anda ini anak dari spesis yang mana ?

 Untuk makluman, entri yang ini adalah sangat berkaitan dan disyorkan untuk dibaca.





20 comments:

  1. Hahahaha....

    Dulu org tua sy tak le senang mana. Klu mtk, pyh nak dpt. Sy tak le kate ok klu tak dpt sbbnye memberontak jugak dlm diam. Heheheheh....

    ReplyDelete
  2. anak spesies ombak di pantai

    kekadang saja jawab, boleh... boleh ye ma? boleh... ma tanya balik, boleh apa? anak jawab, boleh blah.. tau pun... baru senyap..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah study pulak perangai anak tapi rasanya tiga2 pun spesisi ombak di pantai. Merengek lagi tak dapat!

    ReplyDelete
  4. spesis yg ke3 n 2 kot . sbb amik jer apa yg diberi dan guna / pakai selagi boleh . kekangan kewangan keluarga dgn jumlah adik beradik seramai 9 org , kami mmg x de pilihan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama .. saya pun dari keluarga susah. kasut sekolah pun kadang2 dah ternganga baru beli baru. itu pun cuma sepasang.

      Delete
  5. Kami adik-beradik agak ramai, memang setiap anak lain perangainya. Hmm saya ni malu la nak ngaku spesis yang mana, macam baik-baik jer pulak hahahhaa. Anak nombor 2 selalunya terima jer apa yang ada, rasa saya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite same-same anak nombor 2 rupenye .. patut le sekepale !

      Delete
  6. Alhamdulillah, dulu saya anak yang spesis wali. Pakai apa benda pun memang sampai rabak jahanam pun kadang-kadang tak bertukar. Bukannya tak nak mintak mak ayah gantikan, tapi kesian bila mengenangkan kedua orang tua saya pun sengkek jugak, terutamanya bila pertengahan bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguhlah awak anak yang bertimbang rasa .. anak2 sekarang jarang jumpa yang macam itu.

      Delete
  7. ada sesetengah benda, saya adalah spesis A, tapi saya juga akan jadi spesis B bila perlu. alau bab makanan, saya adalah spesis C, dan saya pastinya bukan spesis D... hehehehehe....

    ReplyDelete
  8. saya ni jenis angin pantai dan bendul. kalau mintak sekali je, kalo tak dapat dah la kan. kadang-kadang mintak lain dapat lain pun bedal je...

    tp kalau duit sendiri, saye la the best antara jenama saya beli...

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. angin dan bendul tu macam tak ngam je together-gether .. hehe.

      Delete
    2. angin tu mintak sekali je...

      tapi bile mintak dapat yg lain, bendul je la guna benda alah tu...

      haha!

      Delete
  9. Dulu terikut2 gaya john travolta dlm grease
    Seluar kaki singkat bersama kasut fungkeong biru....tapak merah...sedap pakai kasut tu cukup famous time tu terlajak laris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman tu kita tak pandai nak memilih-milih sangat sebab orang tua kita bukanlah orang senang.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.