Gambar hiasan hasil carian Google.
Kalau kita rajin perhati, ayat-ayat yang digunakan dalam iklan jual kereta cukup menarik. Selalunya indah khabar dari rupa. Berikut adalah contohnya dan mungkin keadaan sebenar keretanya.
Keadaan seperti baru - Agaknya tak pernah pakai sebab rosak memanjang. Ia merujuk kepada badan kereta yang seperti baru.
Dalam keadaan baik - Bolehlah guna untuk bawa pergi ke surau.
Perlu sedikit pembaikan - Cuma kena tukar piston sahaja.
Batuan rendah - Apa tidaknya, sekarang orang dah pakai meter.
Cat asli - Tapi kena sental 4 hari 4 malam untuk mengeluarkan keasliannya.
Jimat minyak - Memang jimat berbanding dengan BMW 740.
Belum pernah rosak - Tak tahulah pulak bila awak dah beli nanti.
p/s. Sesiapa yang dah friend dengan saya di fesbuk dan ingin join grup K-PAP (Kelab Peminat Adat Perpatih), silalah beritahu. Nanti saya add ke dalam grup itu. Lepas tu kalau rasa tak seronok, nak keluar pun tak apa .. tak dikenakan sebarang bayaran .. hehe.
ingat pakngah nak jual kereta cam dalam gambar tuh.. hehehe
ReplyDeletekereta pakngah yang nak jual tu jauh lebih cantik dari dalam gambar tu .. alhamdulillah sehari je iklan dalam fesbuk grup taman perumahan pakngah, sudah pun disambar orang.
Deletekah3x.. cikda punya semangat tekan kat tajuk atas tu...sekali tgk cehh.. tapi memang ramai yg terkena dgn iklan2 sebegini.. pada cikda kalau nk beli kereta 2ndhand ni baik beli terus dari org yg kita betul2 kenal..takde le dia nak membongak kat kita..
ReplyDeletebetul tapi tak tentu juga .. tengok nasiblah. Ada juga yang terkena walaupun beli dari kawan baik dan sebaliknya.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePandu uji dululah pakngah ;)
alaikumsalam.
Deletebukan pakngah nak beli kereta tapi nak jual kereta lama pakngah.
nak senang hati beli kereta baru :)
ReplyDeletesaya jarang beli kereta baru sebab kalau beli baru pun dia akan lama juga .. kalau begitu lebih baik beli kereta lama sahaja. hehe
DeleteDan bila saya nampak "lady owner" saya tak tau itu amaran atau sebaliknya.keh keh..
ReplyDeleteyang penting bukan 'owner' tapi 'driver'nya .. kehkehkeh.
DeleteKalau tuan nak juai kereta cuba buat iklan yang lain dari yang lain.. mesti ramai orang nak beli..
ReplyDeletemacamana tu .. boleh beri contoh ?
DeleteAssalam PakNhag...
ReplyDeleteTudiaaa kereta antik....agaknya kalau bawak kereta ni di tengah kota macamna ya.... :)
alaikumsalam.
Deletemungkin ramai yang ketepi sebab takut kena langgar ..
KERETA SAYA SUDAH LEBIH 5 TAHUN GUNA, TAKDE ROSAK YANG TERUK.. CUBA PERNAH BATERI KONG, DAN 2 KALI ORANG LANGGAR..
ReplyDeletekalau 5 tahun tu masih di kira baru ..bateri kong tu sudah lumrah. Alhamdullah saya belum pernah melanggar orang lagi dan minta-mitalah jangan terjadi begitu sampai bila-bila.
Delete