Tuesday, June 18, 2013

INI SEMUA KERANA K-PAP.




 K-PAP tertubuh pada 3 Jun 2013 yang lalu.

Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria dan sihat-sihat sahaja hendaknya.

Sejak Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) saya wujudkan, saya sudah kurang berblog.  Kelab itu saya tubuhkan bertujuan untuk mengetengahkan sedikit-sebanyak perihal Adat Perpatih, sejarah, dialek Negeri Sembilan, makanan, nyanyian, pakaian, tempat menarik dan yang seumpamanya dan bukannya untuk berlawan dengan K-POP

Alhamdulillah kelab itu telah berjaya menarik sokongan dari kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan juga bukan anak Negeri Sembilan yang berminat dengan Adat Perpatih dan budaya Negeri Sembilan. Akibatnya banyak masa saya ditumpukan ke situ tambahan pula buat masa ini saya hanya seorang diri menjadi adminnya.

Kepada anda yang berminat untuk turut serta atau sekadar menjadi pemerhati untuk menambah pengetahuan, silalah join dengan mengklik K-PAP.

Terima kasih. 



20 comments:

  1. Waalaikum salam bang.

    Tahniah di atas penubuhan K-PAP. Semoga mencapai tujuan dan hasrat murni penubuhannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih .. walaupun seronok tapi banyak makan masa.

      Delete
  2. Salam Pakcik,

    Pakcik skg ni rajin betul....tp mcm ne dgn rg yg bkn n9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak ada masalah kalau nak join. memang dialu-alukan. ada seorang pelajar UKM buat Sarjana, bukan orang NS yang join untuk cari bahan untuk thesisnya.

      Delete
  3. APABILA KE NEGERI SEMBILAN SAYA AKAN TERINGAT DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADA DAN SATE TULANG.. PERGHH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah makan sate tulang sekali .. tekak saya tak boleh terima. sekarang dah tak popular lagi.

      Delete
  4. Tahniah kepado admin ado yo tompek nak berceghito dan guno balik perkataan yg dah jarang donga..

    Budak sekarang bilo kito sebut melopong yo lah tak paham ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tuo pun ramai yang melopong .. termasuk sey. hehe

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    moga usaha murni pakngah ini beri manfaat kepada adat resam dan budaya kita yg makin lama dah hilang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya pun bukannya pandai pun .. kami sesama belajar dengan bertukar2 fikiran dan pendapat.

      Delete
  6. Pak Ngah nanti buatlah lawatan sambil belajar ke Padang, Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. minta j/k KKA aturkan. saya nak ikut sama.

      Delete
  7. semonjak den join K-PAP ni eden dah cakap nesmilan ngan bini den oghang klumpo ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tu .. tapi copek na pandai eh !

      Delete
  8. Tahniah Pakngah, wish u all the best. Nnt saya nak join jugak la, boleh la belajar tak banyak pun sikit adat-adat negeri Sembilan ni, kot-kot dapat kakak ipar orang sana :D:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak join, silalah add pakngah sebagai friend nanti pakngah masukkan ke dalam grup itu.

      Delete
  9. Assalamu'alaikum Pak ngah yang dihormati ...:)

    Ummi pun dapat adik ipar orang Lubuk Cina melaka...sempadan negeri Sembilan...tak banyak sikit bolehlah Ummi faham dan dapat berkomunikasi dalam bahasa nogori...tapi bahasa utagha memang tetap di hati.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      Memang loghat Lubuk China dengan N9 tak banyak beza. Tak nak join grup ini ke ?

      pakngah pulak orang utagha tetap di hati. hihi.

      Delete
    2. Baik pakngah....Ummi join.... hehe..

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.