Saturday, June 8, 2013

BOLEHKAH SAYA SAMAN ORANG YANG MENCIPLAK PANTUN-PANTUN SAYA ?

Sekejap tadi saya cuba mencari grup atau page pantun dalam fesbuk. Saja-saja sebab saya memang minat pantun.

Sememangnya sudah ada cukup banyak grup atau page berkaitan pantun.  Saya terjumpa dan tertarik dengan sebuah page pantun bertajuk "Pantun Lawak" yang sudah ada lebih dari 7 ribu 'like'.  Saya pun masuk dan baca. Saya rasa terperanjat, bangga dan juga kesal selepas membaca beberapa rangkap pantunnya. Mengapa ?

Terperanjat kerana banyak pantun saya yang diciplak bulat-bulat. Bangga kerana tidak menyangka rupa-rupanya ada orang berminat dengan pantun-pantun saya. Kesal kerana saya tidak berjumpa sedikit pun kredit diberikan kepada saya sebagai pengarangnya atau memberikan link ke blog Puisi Orang Tak Reti milik saya. Saya pun meninggalkan beberapa komen yang agak sinis dalam page tersebut khususnya pada pantun-pantun yang saya yakin adalah pantun ciptaan saya.

Senang betul dia buat kerja. Ambil atau cedok pantun orang dan terbitkan dalam page sendiri !

 

alamatnya : https://www.facebook.com/pantunlawak?fref=ts



Bolehkah saya saman dan tuntut pampasan sebanyak RM100 juta  dari pemilik page tersebut kerana menciplak pantun-pantun saya ? 


p/s: Saya buka kotak komen saya untuk mendapat pandangan anda. Terima kasih.


41 comments:

  1. assalamu alaikum, lega tuan dah bukak semula kotak komen ni.

    saya pun baru alami perkara yang hampir sama. caranya, saya buat report kepada pemilik page dan tinggalkan mesej kepada beberapa orang yang komen pada post tu, minta mereka tolong tegur pemilik page tu, dan buat report yang sama. link asalnya pun saya beri sekali untuk membuktikan yang post itu adalah hasil ciplak.

    http://bumibukansfera.blogspot.com/2013/05/pencuri-kantoi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih atas pandangan anda. saya sudah pun berbuat begitu dan meninggalkan komen dan memberi sekali link pantun asal saya untuk dia dan pengomen lain rujuk dan bandingkan .. saya tidak marah bahkan suka dia ambil dan terbitkan pantun saya tapi biarlah beri kredit sewajarnya .. bukannya susah sangat.

      Delete
  2. sepatutnya kena bagi credit. tak patut sungguh.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Pakngah...

    Sudah sepatutnya orang berkenaan sepatutnya memberi kredit kepada tuanpunya pantun, Ummi pun hadapi perkara yang sama....ada juga orang yang mahukan pantun Ummi tapi nak tukarkan pembayangnya....dan link mereka sukar untuk dikesan....

    Ummi juga ada masuk dalam beberapa group pantun dalam fesbuk kerana minat yang mendalam, apa pendapat Pakngah tentang hal ini...Ummi pun masih setahun jagung dalam blog pantun dan memerlukan rujukan pada orang yang lebih lama seperti Pakngah.....minta pandangan Pakngah tentang orang yang hendak 'mengcopypaste' pantun dan menukar pembayangnya ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      yang kopipes dan tukar pembayang tu dipanggil plagiat .. bolehlah juga dimaafkan kerana ada juga input sendiri tapi ia juga masih melanggar etika berkarya sebenarnya.

      apalagi kalau diciplak bulat-bulat macam kes yang saya hadapi lagilah tak beradabnya.

      Delete
  4. Salam tuan,
    Memang sedih bila hasil kita di curi org tanpa rasa bersalah..

    Niat utk menyaman tu, erk..saya pon tak tahu boleh ke tak?huhu

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Saya percaya dia akan rasa bersalah selepas ni sebab saya telah tegur dalam page dia. Mungkin juga dia akan kata tak tahu kena beri kredit atau minta izin !

      Delete
  5. Apalah salahnya setelah habis tu nyatakan dimana dia dapat pantun ini (ini yg biasa org lakukan) walau pada pendapat kakak sebelum mencetak sebaiknya meminta izin. Kalau ambil dan memberi credit dari mana pun kurang manis jua andai siempunya tidak tahu/terjumpa macam isu ini sampai bila-bila pun tak tahu. Bagaikan 'mencuri'lah juga kiranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegiatan dia rupanya sudah lama .. cuma kebetulan saya baru terjumpa sekejap tadi.

      ini bukan curi tapi 'daylight robbery' ..

      Delete
  6. Redhakan saja Pakngah. Sekurang2nya dengan perkongsian itu budaya pantun akan berkembang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan masalah redha .. ini adalah masalah etika dan adab dalam berkarya.
      Kalau di negara barat mungkin boleh disaman dibawah Akta IP.

      Delete
  7. Nak redha macam tu je pun tak kena jugak.. mmg patut ditegur..supaya di masa depan dia tak buat lagi.. mana lah tau kot lepas ni dia compile buat e book juai kat orang buta2 je dia buat duit atas hasil karya orang lain... tak gitu pak ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia compile dan jual, saya pasti akan saman dia .. kalau berani, buatlah !

      Delete
  8. Dia tak rasa bersalah. Rasa2nya kita kena patenkan dulu hakmilik kita tu, baru boleh kita samankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia atau mereka tidak merasa bersalah kerana dia/mereka tidak mendedahkan identiti mereka atau identiti dia/mereka tidak dapat dikenali .. saya pun tidak tahu siapakah dia/mereka itu !

      Delete
  9. Sekeh kepala dia orang bang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang sekeh sebelah kanan, awak sekeh sebelah kiri !

      Delete
  10. Salam Pak Ngah. Saya ni kiranya ' silent reader ' blog Pak Ngah ni. Saya sempat juga komen di fb tu....tetapi, x lama selepas tu...dah di bannya... dah delete le tu....pic cover dia pun dah ditukar......

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. terima kasih kerana menjadi 'silent reader' selama ini ..

      dengan page baru saya ini, mungkin lambat laun rahsia dia akan terbongkar.

      Delete
  11. Salam tuan
    Anak makchaq pun pernah mencipta lirik lagu nasyid yg akhirnya dikomersialkan dan popular 1 ketika dulu, tapi lagak penyanyi/kumpulan tu macam la lagu tu ciptaan depa.... Tapi tu salah dia la kot sebab bila dibagi tau nak komersialkan lagu tu dia kata ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kalau sudah anak kata ok, tak mengapalah. maknanya ia dalam pengetahuan penciptanya. dalam kes saya, sudah bertahun dia buat kerja ini, baru sekarang saya dapat tahu. bukan dia nak minta maaf, malah dibannya pula saya.

      Delete
  12. Tak beretika. Dalam blog pantun Pakngah ada disclaimer pasal copy paste tu pun kan, dorang yg suka ciplak ni one day betul2 kena saman baru depa tau.

    Yayy dapat komen :D:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah tak reti nak letak discliamer tu .. macamana nak buat ek ?

      Delete
  13. Memang agak sukar rasanya uncle nak reserved copyright pantun2 ciptaan uncle tu..Kalau macam gambar, kita boleh letak watermarks ( tu pun ada pencuri yg selamba padam watermarks).

    Uncle dah letak disclaimer tak kat blog puisi uncle tu ( tentang hak cipta terpelihara & tuntutan pernyataan kredit andai hasil di ambil) ?

    Uncle tunggu & lihat apa respons pemilik FB page tu.
    Andai dia bertindak lebih ke depan tanpa mempedulikan teguran uncle, maka saya menyokong uncle ambil tindakan selanjutnya..1st step, report kepada pihak SKMM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak letak disclaimer tu lagi .. tak tahu pun adanya disclaimer itu .. nak letak pun tak pandai.

      Delete
  14. saman jgn xsaman....hehe...sy nak jadi saksi..pastu kita share klu menang...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh share .. belanja lawyer awak yang bayar .. hehe.

      Delete
  15. Assalamualaikum uncle,
    Sila beri amaran keras pd dia uncle. Hak milik terpihara tu hasil dari buah fikiran kita. Sesuka hati mereka je nak copy dan buat page sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      sudah diberi amaran tapi tak berapa keras .. dan akibatnya page itu telah ditutup oleh pemiliknya.

      Delete
  16. salam uncle. buruk betul perangai orang tu. kalau dia argue dan kekalkan puisi uncle tu kat page dia, memang wajib disaman tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle pun tak tahu sekarang ini samada dia masih kekal atau telah dibuangnya sebab tak dapat masuk.

      Delete
  17. SEPATUTNYA ADA KREDIT UNTUK PAKNGAH.. TAPI MASIH TETAP BOLEH DIBANGGAKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengarang pantun ini adalah kerja seni .. rasa bangga itu ada kalau orang tahu pantun itu kita punya.

      Delete
  18. saya setuju kalau disaman sebab bila dah ditegur baik-baik dia tak reti nak minta maaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa hati dia pun tidak tenang masa ini .. mungkin dia tak rasa malu, sebab identiti dia orang tak tahu.

      Delete
  19. Salam tuan.

    Sebenarnya boleh. Tapi perlu ada prosedur perundangan dan makan masa agak lama. Tuan kumpulkan bukti secukupnya dan apa saja reply yang tuan dapat daripada empunya page tu print screen jugak.

    tunjukkan original entry dan tarikh, boleh ada bukti time line di situ. Ada akta hakcipta (copyright) yang terkini. Sepatutnya dia perlu minta izin daripada tuan dan kredit kepada pemunya asal. Sekiranya kedua-duanya tidak berlaku, tuan boleh ambil tindakan seterusnya. Semoga berjaya tuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih .. saya tengok perkembangan seterusnya buat sementara waktu, sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya. Kalau report kepada SKMM macamana ?

      Delete
    2. saya pun tak pernah report pada SKMM. tengah kumpul bukti juga ni. kalau saya berniat jahat, dah lama saman syarikat kecik-kecik yang bernaung di bawah syarikat suplemen antara yang terbesar di malaysia ni.

      boleh lihat website http://www.myipo.gov.my/

      khas untuk harta intelek (intelectual property)

      Delete
    3. terima kasih banyak-banyak. info awak banyak membantu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.