Tuesday, May 6, 2014

SONYUM SOKOJAP 69: LEPAS NGAJI BOLEH PUKUL?




Pada masa ini anak sulung saya datang duduk dengan kami kat Perlis, menunggu masa untuk bersalin anak ke dua. 

Amirin anaknya merangkap cucu saya yang pertama juga turut bersama dan bersekolah tadika di sini untuk tempoh 3 bulan.

Lepas Maghrib beberapa hari lalu, Amirin mengganggu Haiqal yang sedang mengaji al-Quran di sebelah saya dengan memukulnya (bukanlah pukul kuat-kuat tapi pukul main-main) dengan alat penggaru belakang seperti gambar di atas.

Lalu saya menegahnya dengan berkata, "Jangan pukul Ucu, dia nak mengaji tu"

Amirin segera berhenti dan memandang saya sambil mengemukakan pertanyaan dengan muka yang serius,
 
"Lepas Ucu mengaji nanti, boleh pukul ?'


Saya tak tahu nak kata apa buat seketika dan terus ketawa. Kemudian saya kata, "Lepas ngaji dan bila-bila pun tak boleh pukul"


Nota kaki - Haiqal adalah anak bongsu lelaki saya yang dipanggil Ucu oleh Amirin.


21 comments:

  1. Haikal juga anak bungsu kesayangan atok jangan pukul...ehehehe...

    ReplyDelete
  2. suruh Amirin garu belakang Atuk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak cakap, selain buat garu boleh jugak buat pukul eh?

      Delete
    2. Dah ada benda tu, sendiri garu lagi tepat. Hehem

      Delete
  3. meriah la rumah diperlis 3 bulan ni kan..ada cucu..tunggu cucu perempuan yang comel tu pulak datang jumpa atuk di Perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iris datang esok 18hb. Anak sulung saya baru bersalin pada 9/5. Ada dua cucu perempuan saya sekarang.

      Delete
  4. Hahaha. Funny. Budak2 memang camtu kan. Ada je benda dia nak question kita balik :)) hehe. follow me back. thanks dear

    ReplyDelete
  5. Kelakar... budak2 memang lawak bila depa tanya/bagi reasoning..

    Baru baca cerita anak Saniah tanya... "dunia ni dulu2 hitam putih ke?" masa depa tengah menonton cerita P Ramle yg hitam putih..

    ReplyDelete
  6. Hahahah pemikiran budak2 kan, kadang2 speechless kita dengar kata2 mereka ni.

    ReplyDelete
  7. Slm kenal...

    Cute jer soklan tu..tapi kids...otak dia bersih..hati dia suci...:-)

    https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang saya pun buat-buat tanya soalan macam tu.

    heheh~

    ReplyDelete
  9. BENDA NI MEMANG SAYA NAK CARI.. SEDAP BUAT GARU NI..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.