Friday, May 23, 2014

HUKUM MAKAN KERDAS.




Malam tadi ada kuliah Maghrib di masjid dekat kediaman saya. Ustaz ni cukup menepati waktu. Masuk sahaja waktu Isyak atau kadang-kadang sebelumnya lagi,  dia akan berhenti. Tidak seperti sesetengah ustaz yang beri kuliah sampai hampir waktu tengah malam. Kalau sudah melewati jam 10 malam, saya berani kata bahawa perhatian jemaah sudah pudar atau hilang langsung. Buatnya kalau ada yang belum makan malam lagi, tentulah pedih hulu hati. Dan kalau ada majlis tahlil atau doa selamat kat kawasan itu yang mengharapkan kehadiran orang masjid atau surau, maka keluh kesahlah dan gundah gulanalah hati tuan rumah menunggu.  Lebih malang lagi, kalau ramai jemaah yang terus balik rumah, maka akan membazirkan makanan yang disediakan oleh tuan rumah.

Berbalik kepada kuliah malam tadi, ustaz kata makan kerdas dan yang seumpamanya, sebelum datang berjemaah di surau atau masjid adalah makruh kerana ia boleh menyebabkan makmum lain berasa tidak selesa. Katanya adalah lebih baik sembahyang sorang-sorang di rumah dari sembahyang berjemaah di masjid atau surau. 

Akan tetapi hukumnya menjadi haram jika kita dengan sengaja memakan kerdas, sebagai helah untuk tidak pergi sembahyang Jumaat. Ini kerana sembahyang Jumaat adalah wajib bagi setiap lelaki yang cukup syaratnya.
Oleh itu kita wajib pergi sembahyang Jumaat walaupun selepas makan kerdas. Gosoklah gigi dan kalau masih berbau juga kerdasnya, carilah saf di belakang sekali di sebelah tepi dan elakkan berada di belakang imam atau barisan hadapan sekali.

Nota kaki: Saya memang tidak pernah selesa jikalau ada orang yang baru lepas hisap rokok berada di sebelah saya semasa sembahyang.


19 comments:

  1. pening gile kalau bau kerdas ni..bau jering ngan petai ok lagi..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat berkenaan ustaz yang memberi ceramah sampai berlebihan masa .. kdng2 sampai extra 1 jam dan lebih.. setakat extra 10-15 minit tu tak apa lagi kan.. sebab bile memberi terlalu lama maka yg mendengar dah ke laut huhuhu... * TT pun tak setuju dengar orang hisap rokok sebelum solat.. busuk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tegur, kita pulak dicopnya anti sosial.

      Delete
  3. setuju dengan keduanya....


    dan sy selalu rasa berdosa bila dah x mahu dengar ustaz bercakap.....
    hal2 bau ni, sy redha saja......

    ReplyDelete
  4. oh igtkan haram makan kerdas
    sbb saya suka jugak makan sekali sekala
    tp lepas makan.. mmg hazab sbb mulut rasa cam kelat smcam

    ReplyDelete
  5. Sejak2 dah bekerja ni, saya semakin kurang makan kerdas, jering dan petai. susah nak hilangkan baunya. Kerja pun asyik berurusan dengan orang, so jadi kurang selesa. Tapi kalau makan juga, memang saya gosok gigo berkali2, kumur Listerine, kulum mints untuk hilangkan baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya awak minat sungguh makan ulam2 tu ye .. baik utk kesihatan

      Delete
  6. Antara sebab saya tak makan petai, jengkol, jering dan yang seangkatan dengan nya adalah sebab bau.

    ReplyDelete
  7. Saya tak pandai makan kerdas. Bab rokok bukan sahaja tak suka benci dengan org merokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah kita .. tapi saya benci perangai perokok bukan orangnya.

      Delete
  8. Krup krap krup krap, kerdas sedap dimakan dengan sambal tempoyak.
    Saya dah stop membeli kerdas, jering dan petai apatah lagi memakannya.
    Errkkk..bila dah tua2 ni dah tak suka makanan yang ada kuat berbau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dari kecil lagi memang tak makan .. kecuali petai jeruk seadanya.

      Delete
  9. Salam uncle. Harap uncle sihat.lama x lawat ke sini

    Bau kerdas tu kuat sangat. Tak sanggup nak menahan nafas kalau org tu mkn lepas tu berbual dgn kita apatah lagi kalau berjemaah sebelah pulak.

    Bau rokok bukan saja melekat kat mulut dia, di baju pun ada.. Dia lalu saja kita dah boleh bau. Lekat di baju orang lain jugak. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Betul sangat tentang bau rokok tu. Kalau dalam kereta, seminggu pun tak hilang baunya.

      Delete
  10. Saya tak makan kerdas, petai, jering, dan yang seadik-beradik dengannya.

    Kalau makan tu sebagai amalan untuk jaga kesihatan, tak menjadi masalah, tapi kena pastikan yang aromanya tidak 'memikat' hati jemaah solat. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi saya tak tahan kalau ada yg sendawa bau durian.

      Delete
  11. Assalamualaikum PakNgah...

    Biasanya orang tua-tua ja yang selalu gemar makan seangkatan dengan kerdas seperti jering dan petai...namun ada juga orang muda yang suka memakannya..baunya perkasa juga... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.
      Sekarang orang bukan Melayu pun suka makan ulam. Itu sebab petai mahal.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.