Saturday, May 17, 2014

ENTRI TERTANGGUH PASAL OBAMA

Banyak pihak yang menentang kedatangan Obama tempoh hari. Sampaikan ada yang buat tunjuk perasaan. Saya sendiri terperangkap dalam tunjuk perasaan di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat beberapa hari sebelum kedatangan Obama. Sebaik saya keluar dari masjid, saya lihat sekumpulan penunjuk perasaan berdiri mengadap pintu masjid tempat saya keluar sambil memegang beberapa keping sepanduk dan dalam masa yang sama ada seorang wakilnya berucap menggunakan pembesar suara pegang tangan menyatakan hujjahnya kenapa kita patut menolak kedatangan Obama.

Di samping itu, tidak kurang juga kerancakan di fesbuk yang mempersendakan PM dan Obama beselfie. Salah satu laman yang sempat saya buat print screen adalah seperti di bawah.

 

Namun begitu banyak juga yang berbangga dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Obama terhadap PM kita. Saya ambil dari akaun fesbuk Budin Sri Wangi sebagai contohnya.


Di samping itu tidak kurang juga yang menyerang dan menyindir mereka yang menetang kedatangan Obama dengan komen yang pedas. Berikut adalah status oleh Kaseh Meow Elena sebagai contohnya.


Di bawah ini satu lagi status fesbuk oleh Khairul Hakimin Muhammad yang secara direct mempersoalkan keikhlasan dan kebijaksanaan mereka yang marah dengan kedatangan Obama.


Pandangan saya:

Negara kita mengamalkan kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam perlembagaan. Bersuaralah mengikut tertibnya. Kita nilailah suara siapa yang rasional dan berisi dan suara siapa yang sambang dan hanya ikut-ikutan.




8 comments:

  1. MEREKA MEMANDANG MALAYSIA KERANA MALAYSIA BERPOTENSI BESAR.. KALAU NEGARA TAK BERPOTENSI, TAKKAN DATANG LE OBAMA TU.. JADI KITA SEBAGAI ORANG MALAYSIA SEHARUSNYA MENGENALPASTI APAKAH POTENSI-POTENSI ITU. CUBA MEMAJUKAN DIRI DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI. ORANG ASING BERLUMBA-LUMBA DATANG KE MALAYSIA UNTUK MENCARI REZEKI, TETAPI ORANG KITA TETAP MENANTI-NANTI DISUAP DARI PAGI HINGGA KE MALAM HARI.

    ReplyDelete
  2. Saya pun pelik kenapa sesetngah orang marah sangat Obama nak datang, dah la kita dicop sebagai terrorist semua, apa salahnya tunjuk budi bahasa sopan santun yang menjadi budaya kita tu kan, at least baru la depa orang luar especially US tau yang kita bukan la hanya tahu bertindak ganas semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Lagipun kalau dia tak datang, adakah keadaan dunia akan berubah mengikut kehendak kita.

      Delete
  3. Saya ingin juga rasanya nsk post gambar belia2 sasa di kampung saya yang kerjanya mengutuk apa yang dibangunkan negara tanpa rada bersalah tidak nenyumbangkan tenaga muda mereka kepada negara. Hanya duduk di kedai kopi .

    ReplyDelete
  4. Saya pelik dengan manusia yang suka bercakap perkara positif dari melihat perkara positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah pun pelik bila baca apa yg awak tulis ni .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.