Tuesday, June 17, 2014

KOMBINASI UBAN DAN CAT.



 Makngahnya menyempurnakan kerja mengecat.
Haiqal pula memindahkan batu.


Petang semalam saya mengecat bahagian luar rumah saya. Dekat pukul 7 malam saya berhenti. Sebelum mandi, saya tanya anak saya Haiqal, 

"Ada nampak cat tak kat kepala ayah?"

"Tak perasan pulak". Jawapnya pendek selepas melihat-lihat rambut saya.

Saya tak puas hati, lalu pergi ke cermin untuk melihat sendiri kerana semasa mengecat tadi saya merasa ada sesuatu terjatuh atas kepala.

Sebaik melihat cermin saya ketawa berdekah-berdekah. Patulah Haiqal tak perasan sebab  rambut saya semuanya putih dan cat pun putih.

Lawak tak ?


19 comments:

  1. Pak Ngah saya nak gelak guling2 boleh?

    ReplyDelete
  2. luculah.cat dengan uban sama warna. kalau saya pun tak nampak. pagi2 dah buat lawak pak ngah ni

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Kenalah bersihkan ye uncle. Rajin dah mengecat sblm puasa. Tak perlu nak lepak keletihan nnt bulan puasa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang nak cat tu adalah pada extension yang saya buat .. rumah asal tak cat pun. hehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. dia nk jaga hati pak ngah tu... rajin pak ngah sekeluarga mengecat. kami x cat tahun ni, last cat masa nk kenduri kahwin adik sy tahun 2012. masih ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksalah cat sebab bilik baru .. kalau tidak, buruk benar nampaknya.

      Delete
  6. Memang tak leh duk diam ke? Adaaaaaa jer benda nak dibuat. Rajin sengoti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya tak reti duduk diam .. macam gasing. Kalau diam, rebah. sengoti tu apa ?

      Delete
    2. senggoti tu sungguh,.. dialek org pantai timur kalau tak salah..
      =)

      Delete
  7. So, Pak Ngah pun tak nampak la catnya tu juga yer...hahaahha. Pak Ngah, kenapa tak raba jer rambut tu? Hehehehhee....

    ReplyDelete
  8. Siyes saya gelak tapi tklah guling2 sebab kang anak sy kata ibu dia hilang akal hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak guling2 kalau orang tak nampak, tak pe kot.

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Kalau tanya saya yg rabun ni....lagilah tak reti nak beza

    Tetiba pi check kepala sendiri...mmmm ada cat jugaklah pakngah kat kepala hu hu h uhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      Hahaha .. awak cat apa ? Pakngah pun rabun jauh. Kalau awak berdiri 5-6 km, kompom tak nampak.

      Delete
  10. Rambut putih itu awesome, nanti bila rambut saya pun dah bertukar jadi putih, saya akan berbangga dengannya, hehehe :D

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.