Saturday, June 28, 2014

AKHIRNYA PUAN LOLA DIJATUHI HUKUMAN.



 Saya sungguh bangga dengan orang-orang Malaysia seperti saudara ini yang sangat prihatin dengan nasib Firdaus remaja OKU yang malang itu.


Disebabkan sentimen rakyat Malaysia yang inginkan pengadilan segera dilakukan keatas Puan Lola yang dituduh mengabaikan anakya Firdaus yang OKU itu, mahkamah telah membuat perbicaraan serta keputusan dengan segera dan menjalankan hukuman berlainan dari kaedah yang biasa dipakai sebelum ini.

Dipendekkan cerita, setelah pertuduhan dibacakan dan Puan Lola mengaku bersalah, hakim menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada puan Lola. Maka gegak gempitalah bangunan mahkamah kerana mereka yang menyaksikan perbicaraan bersorak gembira dengan hukuman yang dijatuhkan. 

Hakim pun menetapkan hukuman rejam itu akan dijalankan oleh orang ramai dan hukuman akan diadakan secara terbuka di Stadium Merdeka. Hakim menetapkan masa menjalankan hukuman tepat jam 11 pagi pada keesokan harinya dan menjemput orang awam supaya datang mengambil bahagian.

Pada hari yang ditetapkan ramailah orang berkumul di dalam stadium itu. Sebelum hukuman dimulakan, Firdaus dibawa berjumpa ibunya. Dia memeluk emaknya dengan kuat sambil meraung seolah-olah berkata,

"Saya sayang emak saya, tolonglah jangan dipengapakan dia. Saya sudah tiada ayah lagi dan saya tidak mahu pula kehilangan dia. Walaupun dia telah mengabaikan saya namun dia tetap ibu saya dan saya telah pun memaafkan dia. Kalau boleh ambillah nyawa saya"

Beberapa ketika selepas itu, petugas mahkamah membacakan tuduhan dan juga hukuman yang akan dijalankan. Puan Lola yang sudah diikat badannya di sebatang tiang mengangguk lesu tanpa berkata apa-apa.

Kemudian hakim pula tampil kehadapan untuk membuat arahan dengan berkata, 

"Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Sekarang hukuman rejam akan dimulakan.  Sesiapa yang berhajat ingin melakukannya silalah pergi mengambil batu seorang sebiji yang telah dilonggokkan di sana dan kemudian pergi berdiri dibelakang garisan yang telah ditandakan di atas padang dan tunggu arahan selanjutnya dari saya".

Maka berebut-rebutlah orang ramai mengambil batu dari tempat longgokan tersebut dan seterusnya bergegas pula mengambil tempat seperti yang ditetapkan betul-betul berhadapan dengan Puan Lola yang sudah kelesuan terikat di tiang.

Kemudian hakim mengeluarkan arahan selanjutnya dengan berkata,

"Tetapi sebelum rejaman dimulakan saya menetapkan syarat bahawa hanya mereka yang tidak pernah berbuat sebarang kesalahan dan yakin tidak akan membuat sebarang kesalahan di masa hadapan sahaja yang dibenarkan membuat rejaman. Saya mahu tuan-tuan berlaku jujur dengan diri sendiri. Mula-mula saya mahu tuan-tuan yang pernah berbuat sebarang kesalahan sebelum ini supaya berundur ke belakang".

Separuh dari orang yang sedang berkobar-kobar hendak melakukan rejaman berundur kebelakang secara perlahan-lahan.

Selepas itu, hakim berkata pula kepada baki mereka yang masih berada di atas padang, "Baiklah, sekarang sesiapa di antara tuan-tuan yang yakin tidak akan berbuat sebarang kesalahan pada masa hadapan, sila undur ke belakang".

Kesemua  orang yang masih  tinggal tadi berundur ke belakang seorang demi seorang, hinggakan tiada seorang pun yang tinggal untuk melakukan rejaman.

Maka sangatlah gembira hati Firdaus melihat keadaan itu.

Cerita selanjutnya pembaca rekalah sendiri kerana cerita ini pun hanyalah khayalan saya sahaja termasuklah nama Puan Lola dan Firdaus itu.



24 comments:

  1. nice... *thumbs up* buat tuan blogger otai ^^

    ReplyDelete
  2. Wow...tahniah...best juga cerita pakngah ni.

    ReplyDelete
  3. terbaik perumpamaan ini uncle. terbaik...

    ReplyDelete
  4. Ramai nya berkobar di keyboard...je..

    ReplyDelete
  5. begitulah bila jejari menghakimi dan mendahului hakim...org yg baik tidak menyamakan manusia lain dgn binatang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sedih melihat budi bahasa orang kita semakin hari semakin luntur.

      Delete
  6. Sangat jelas...Selamat Menyambut Ramadhan Pak Ngah n Family..

    ReplyDelete
  7. Apapun yang bersalah itu tetap dikatakan salah. Dan tiada orang yang terlepas dari perkataan bersalah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnya siapa yg beri hak kpd kita untuk menghukum ? Dan siapakah yg memutuskan dia bersalah ?

      Delete
  8. TERBAIK.. AGAR YANG TERLALU 'BERIYA-IYA' MEMAHAMINYA..

    ReplyDelete
  9. saya kutuk dan keji perbuatan puan lola.. tapi tidak mengeji orgnya
    kerana manusia berbuat salah. dan juga berpeluang memohon taubat dari allah

    tapi adakah kerana kita manusia yang selalu sahaja berbuat dosa tidak layak mengeji dan meng hukum perbuatan orang yang menzalimi?
    hukum dan kejilah perbuatannya. bukan orang nya.
    kerana perbuatan yang salah akan kekal menjadi perbuatan yang salah
    tetapi orang yang melakukannya boleh berubah kerana allah jua lah yang menetapkan hati manusia.


    sekadar pendapat saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya benci orang hisap rokok. Bila dia dah tak hisap, benci pun hilang. Mcm mana nak bezakan tu ?

      Delete
  10. hahaha..
    terbaek.
    2x5 jer masing-masing :)

    ReplyDelete
  11. si lola laloq tu dah diikat jamin oleh majikan die.. hopefully die dpt hukuman setimpal. Kat dunia mungkin boleh lepas.. kat akhirat nanti sendiri mau ingatlah lola oii

    Jom Terjah : Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (^__^)




    ReplyDelete
  12. salam ramadhan ke 5 dan selamat berpuasa pak ngah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Selamat meneruskan puasa Kak Nah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.